21 December 2008

Risky areas identified - Malaysiakini

Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim announces the areas of risk in Ampang and a few districts in Selangor. He gave the report of the landslide in Bukit Antarabangsa by the state government, Sunday.


15 kawasan cerun bukit di Ampang berisiko - MB Selangor

KUALA LUMPUR: Lima belas kawasan cerun bukit di seluruh Ampang dekat sini termasuk Bukit Antarabansga, lokasi tragedi tanah runtuh dua minggu lalu, telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri Selangor sebagai berisiko.

Selain itu, kata beliau, kerajaan negeri juga telah mengenal pasti lima daerah di Selangor yang mempunyai kebarangkalian untuk berlaku tanah runtuh.

Kawasan-kawasan itu ialah Bukit Antarabangsa, UKAY Heights, Taman Hijau, Taman Hillview dan Dataran UKAY yang terletak di bahagian Dewan Undangan Negeri Bukit (DUN) Antarabangsa.

Kawasan terbabit dalam DUN Hulu Kelang ialah Taman Melawati, UKAY Perdana dan Taman Kemensah.

Dua kawasan dalam DUN Lembah Jaya ialah Taman TAR dan Bukit Sungat Seputih.

Dalam DUN Teratai lima kawasan dikenal pasti iaitu Bukit Teratai, Bukit Permai, Taman Saga, Taman Mega dan Bukit Segar.

"Kerajaan negeri sedar keperluan usaha jangka panjang bagi mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang telah mengorbankan empat nyawa sementara satu masih hilang.

"Pemantauan agensi kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan cerun bukit di seluruh Ampang yang berisiko," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media di lokasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa di sini pagi ini.

Daerah-daerah yang mempunyai kebarangkalian untuk berlaku tanah runtuh ialah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Petaling.

"Perlu diingatkan bahawa penjagaan kawasan cerun bukit adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah itu sendiri.

"Oleh itu, kerajaan negeri akan menulis surat kepada semua pemilik tanah cerun bukit di Selangor untuk mengingatkan mereka akan tanggungjawab ini," katanya.

Namun katanya jika pemilik-pemilik tanah berkenaan enggan mengambil tindakan susulan, kerajaan negeri akan mengambil alih penyelenggaraannya berdasarkan peruntukan Perkara 13 (A) Kanun Tanah Negara.

"Kita akan selenggara dan kemudiaan kita akan kenakan caj kepada pemilik tanah yang degil itu," katanya.

Dengan itu, pemilik tanah akan mengambil kira risiko yang ada sebelum membuat keputusan membina bangunan di atas tanah cerun bukit.

"Kami juga akan mengumumkan kawasan tanah cerun bukit yang dimiliki kerajaan negeri dan anak syarikat di mana kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab penuh dalam penjagaan cerun bukit," katanya lagi. - mStar

thestaronline.tv: Aid for affected families
Suara Keadilan :
Selangor to grant aid to 268 Bkt Antarabangsa families

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese