21 December 2008

KT : PAS umum calon 1 Januari - Malaysiakini

Malaysiakini : KT: PAS umum calon 1 Januari

PETALING JAYA: PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.

Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semalam.

Selain Mohamed Sabu yang bertanding di kerusi itu 8 Mac lalu, nama lain disebut bakal mewakili PAS ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Di kalangan nama-nama itu, Syed Azman dikatakan mempunyai peluang besar untuk menghadapi calon lain khususnya calon BN. - mStar

MSO : Jawatankuasa Agong Pas sedang bermesyuarat menentukan siapakah calon mereka yang akan diturunkan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk berhadapan dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Khabarnya nama Mustafa Ali gagal melepasi standard yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat. Kalau ini benar ini bermakna calon Pas kemungkinan besar Dr Khazani Abdullah.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese