Sayup-sayup terdengar cakap-cakap di kalangan geng-geng pemuda dalam PAS Terengganu bahawa mereka (Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu) akan menonjolkan seorang calon muda berusia lingkungan awal 40-an anak kelahiran Kuala Terengganu sebagai calon PAS dalam PRK P036 Kuala Terengganu.
Khabarnya calon berkenaan seorang pensyarah berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) berjawatan Profesor Madya di salah sebuah universiti tempatan (universiti tempatan tu di Selangor / Kuala Lumpur bukan di Kuala Terengganu) dan ‘calon bayangan’ ini khabarnya dah pun bersetuju untuk menjadi calon sekiranya dipilih.
Seorang juru cakap Dewan Pemuda PAS Negeri walaupun enggan mengesahkan cakap-cakap politik itu, bagaimanapun mengakui langkah mencalonkan anak tempatan sebagai calon baru kerusi Parlimen berkenaan akan memberikan kelebihan kepada PAS untuk memenangi hati pengundi Kuala Terengganu.
Beliau berkata, bagi ahli atau penyokong PAS, calon luar bukan menjadi faktor menolak tetapi dalam sesuatu pilihan raya, yang mengundi bukan ahli atau penyokong PAS sahaja tetapi turut melibatkan pengundi atas pagar atau pengundi tidak berparti yang akan melihat siapa calon yang dikehendaki mereka.
Mengikut ceritanya, penemuan hasil pasca laksana (post mortem) pilihan raya umum PRU 12/2008 lalu juga mendapati faktor bukan anak tempatan menjadi antara sebab mengapa PAS gagal menang di Parlimen Kuala Terengganu sedangkan PAS menguasai tiga daripada empat kerusi DUN di situ.
Kalau cakap-cakap politik ini menjadi kenyataan, PAS akan mempunyai seorang lagi ‘Dr Syed Azman’ yang ditonjolkan oleh PAS pada PRU 10/1999. Dr Syed Azman, anak kelahiran Kuala Terengganu ketika itu juga adalah seorang pensyarah, berjawatan Profesor Madya dan berkelulusan PhD. - Abdul Mubin Ismail

Siasahdaily : Sehingga kini, beberapa nama telah disebut-sebut bakal menjadi calon PAS dalam pilihan raya ini.
Mereka termasuklah Haji Mohamad Sabu sendiri di samping Datuk Wan Mutalib Embong (bekas Adun Batu Burok yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu), Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok) seorang bekas pensyarah UPM yang kini seorang usahawan berjaya dan beberapa nama lagi.
Pesuruhajaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa berkata, sehingga kini, siapa yang akan menjadi calon belum diputuskan lagi.
Katanya, proses pemilihan calon ini akan berjalan mengikut proses biasa iaitu dari peringkat percalonan dari kawasan Kuala Terengganu ke Perhubungan Negeri Terengganu dan seterusnya dipilih di peringkat pusat.
Tranungkite : PRK P36 : Bekas Pensyarah UPM Taruhan PAS??

No comments:
Post a Comment