SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini menolak desas-desus bahawa perlucutan jawatan Timbalan Pesuruhjaya 3 negeri itu, Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam, adalah disebabkan Khalid dikatakan pro-Anwar (Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali berkata pertukaran jawatan tersebut yang kini diisi oleh ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dibuat untuk memantapkan organisasi parti.
"Tiada istilah, pro-PKR atau pro-Umno dalam PAS. Semuanya pro-PAS," katanya kepada media di pejabatnya di sini hari ini. - mStar
No comments:
Post a Comment