mStar : BN letak Farid, PAS pilih Syed Azman?
PAS pula dijangka akan memperkenalkan taruhan mereka sehari selepas itu.
KLpos sebelum ini melaporkan dua pencabar utama BN dan PAS sedang berteka-teki ingin meletakkan siapa jadi taruhan 17 Januari depan.
Portal Malaysiakini melaporkan BN akan meletakkan seorang muka baru untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang dijadualkan pertengahan Januari depan.
Setiausaha Umno bahagian Kuala Terengganu, lbrahim Omar memberitahu Malaysiakini, calon yang telah bertanding sebelum ini, tidak akan dipilih bertanding lagi.
“Saya berkata demikian berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
“Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib berkata 'Telur yang direbus tidak akan direbus lagi...',” kata Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Ibrahim lagi, ucapan Najib membawa maksud calon yang sudah bertanding dalam pilihanraya, tidak akan dipilih bertanding lagi.
Sehingga ini, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga ketua Umno Kuala Terengganu, disebut-sebut akan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.
Selain Wan Farid, timbalan ketua Umno bahagian, Mohd Sabri Alwi, Datuk Zuber Embong, Datuk Roslan Awang Chik turut disebut-sebut akan mewakili BN.
Najib dijangka akan mengumumkan nama calon BN di kediaman rasmi Menteri Besar Batu Burok Kuala Terengganu Sabtu depan.
Ditanya sama ada ketua Puteri Umno negeri, Senator Nordiana Shafie sesuai bertanding di Kuala Terengganu, Ibrahim berkata, belum masanya lagi meletakkan calon wanita di kerusi tersebut.
“Lagipun beliau sudah bertanding di DUN Batu Burok dalam pilihanraya umum lalu dan kalah pula.
“Seperkara lagi, Nordiana juga masih dalam pantang bersalin,” katanya.
PAS pula dilaporkan akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada hari berikutnya. / Malaysiakini, KLpos
No comments:
Post a Comment