19 December 2008

Esok! Demo Bantah I-Dance - Malaysiakini

ANGGOTA PAS dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demostrasi secara aman berhubung penganjuran tarian I-Dance di pekarangan Masjid Jamek Kampung Rawa, Sungai Pinang hari ini. - foto The Star oleh GOH GAIK LEE

Pemuda PAS demo, bantah I-Dance

Pemuda PAS Pulau Pinang akan mengadakan demonstrasi esok jika kerajaan negeri terus mengadakan tarian jalanan I-Dance, kata ketuanya Mohamed Hafiz Mohd Nordin.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata tarian jalanan itu boleh membawa kesan negatif kepada golongan muda.

"Jika kerajaan negeri ingin meneruskan tarian jalanan itu maka kami tidak mempunyai pilihan selain mengadakan protes jalanan, ini baru adil untuk kerajaan dan umat Islam di negeri ini.

"Kita tidak menghalang kerajaan negeri untuk menganjurkannya tetapi syaratnya jangan libatkan remaja Islam.

"Kalau nak buat untuk bangsa dan agama lain, silakan," beliau dipetik berkata selepas mengadakan demonstrasi membantah penganjuran tarian itu.

Demonstrasi kali kedua itu disertai lebih 400 orang sejurus selepas solat Jumaat di luar pekarangan Masjid Kampung Rawa tengah hari tadi.

Jumaat lepas, lebih 200 anggota Pemuda PAS negeri berdemonstrasi di pekarangan Masjid Permatang Janggus dengan membawa
pelbagai sepanduk mengkritik kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP dan PKR, dua rakan gabungan parti Islam.

Mohamed Hafiz dipetik berkata penganjur mesti menutup penyertaan dan tidak sesekali melibatkan remaja Islam dalam penganjuran tarian itu.

Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan di New World Park esok, manakala pusingan akhir di Queensbay Mall pada 27 Disember.

mStar :
I-Dance: PAS OK jika tidak disertai umat Islam
Nasrudin At-Tantawi : STREET DANCE Bukan Satu Penyelesaian
Suara Pemuda Penang : KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG

3 comments:

7z3_x said...

Bodoh gila.

Kesan negatif apa? Kalau bukan untuk tarian ramai orang pemuda akan terlibat dalam perkara yang lebih negatif seperti merokok, dadah, vandalisme dan sebagainya.

Buat apa nak menhentikan mereka daripada menari? Anda lebih suka anak anda melepak dan sebagainya ataupun buat perkara yang lebih berfaedah dan boleh membantu kesihatan seperti menari?

Ada lebih banyak perkara buruk yang golongan muda boleh buat di shopping complex daripada menari lahhh. Adehh.

Anonymous said...

what?
i agree with the person who commented before.
i dont get why streetdance would be a crime at all, streetdance didn't even encourage anyone to smoke,take on drugs or whatever

at least its better than real fights. think thoroughly before you complain can or not?

Anonymous said...

Ya lah... Street dance boleh mengeluarkan peluh dan ia pun boleh dikira sebagai salah satu exercise kan. Remaja kini sudah tidak suka akan beriadah, dance adalah salah satu kesukaan mereka. Kalau ini pun protes kamu nak mahu mereka pergi meresap dadah untuk mandapatkan hiburan ke?! Protes boleh tapi bolehkah kamu fikirkan aktiviti alternatif yang lebih sesuai untuk mereka baru protes???!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese