11 December 2008

Kuala Terengganu: Bukan Wan Farid! Che Mat Jusoh Jadi Calon... - Malaysiakini

Laluan Wan Farid sukar kata bekas AJK

Laluan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk menjadi calon kerusi Kuala Terengganu menemui jalan sukar kerana beliau didakwa tidak mendapat sokongan penuh ahli-ahli jawatankuasa (AJK) bahagian berkenaan.

"Datuk Wan Ahmad sendiri yang disebut-sebut akan bertanding pun tidak mendapat sokongan penuh dari AJK bahagian.

"Beliau hanya boleh mengawal empat atau lima AJK sahaja (daripada 25 anggota), manakala yang lain tidak mendengar cakapnya," kata seorang bekas ahli jawatankuasa Kuala Terengganu, yang enggan mendedahkan identitinya.

Penggiat parti tersebut juga mendakwa beberapa kumpulan penyokong Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok dan Wakaf Mempelam tidak menyokong Wan Ahmad Farid sebagai calon.

Sehubungan itu, beliau menambah, Umno bahagian kini berdepan masalah memilih calon yang sesuai untuk menerima cabaran sengit PAS.

Katanya, tidak ada calon BN yang berkaliber untuk berdepan dengan pembangkang dalam pilihanraya kecil itu, antara 6 hingga 17 Januari. - Malaysiakini

Abdul Mubin Ismail : Bukan menjadi sesuatu yang pelik, malahan sudah menjadi kebiasaan, beberapa nama akan diangkat untuk pertimbangan dan disenaraipendekkan oleh pucuk pimpinan parti bagi pemilihan siapa calon terbaik. Tetapi yang agak sensasinya, Wan Farid sudah menjadi calon bukan pilihan. Maknanya dah berada pada ranking ketiga atau keempat. Namanya kalau pun diangkat, hanya untuk mencukupkan syarat.

Lebih menarik dan sensasi, kata teman saya itu lagi, pucuk pimpinan UMNO/BN (tak pasti sama ada pusat atau negeri) berhasrat meletakkan calon lain berasaskan faktor-faktor tertentu. Antaranya nak merealisasikan kata-kata yang sering kali diungkapkan banyak pemimpin (terutama semasa musim pemilihan UMNO Bahagian) bahawa Ketua Bahagian tidak semestinya menjadi calon pilihan raya. Kata-kata itulah yang selalu disebut bagi mengelakkan berlakunya pertandingan atau pertembungan peringkat atasan.

Zabidi Haji Saidi : Hampir pasti bukan Datuk Wan Farid Wan Salleh calon BN bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu. Jika BN meletakkan Wan Farid, belum tentu BN menang kerana tiga kerusi dari empat kerusi DUN dalam parlimen tersebut dimenangi PAS.

Alangkah ruginya jika Wan Farid letak jawatan Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya dia boleh kekal jawatan Senator dan timbalan menteri jika dia tidak bertanding.

Yang sedang heboh sekarang ialah nama bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Che Mat Jusoh. Beliau selaku Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu dikatakan sedang melobi calon melalui Sultan Pahang selaku Presiden FAM.

Sultan Pahang dikatakan sudah berbisik nama Datuk Che Mat kepada bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tambahan pula Datuk Che Mat adalah bekas pegawai khas Pak Lah ketika Pak Lah jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Ini bermakna jika Najib sebut nama Datuk Che Mat depan Pak Lah, Pak Lah sudah kenal beliau.

Beliau pernah jadi calon bagi DUN Batu Buruk pada tahun 2004 tetapi kalah. Oleh itu pengundi Batu Buruk sudah kenali beliau. Pengundi DUN Bandar, DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam tidak ada masalah untuk kenali beliau yang merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu itu. Lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Malaysiakini : Wan Farid kena dengar rungutan ramai

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese