31 December 2008

Ayuh! Demontrasi Selamatkan Palestine - Malaysiakini

Himpunan Aman bagi ‘Membantah Keganasan Israel di Semenanjung Gaza’

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) akan menganjurkan Himpunan Aman bagi ‘Membantah Keganasan Israel di Semenanjung Gaza’. Himpunan ini akan dilangsungkan pada hari Jumaat- 2 Januari 2009, selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Negara.

Pemudawilayah menyeru agar rakyat Malaysia, NGOs dan parti-parti politik disekitar Wilayah dan Selangor untuk turut serta bagi menyatakan bantahan terhadap keganasan dan kezaliman Israel yang masih lagi melancarkan peperangan di Semenanjung Gaza.

Himpunan ini akan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub bersama Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Sdr. Kamaruzaman Mohamad.

Tuan-puan yang ingin hadir disaran membawa Placard, Poster atau Banner sebagai bantahan.

Laungkan suara keamanan dan doakan kesejahteraan buat Umat Palestine!

Pemudawilayah juga menyarankan agar demontrasi diadakan disemua Masjid Utama setiap negeri dan program Boycott Israel & Amerika dilaksanakan segera.

Penyembelihan Umat Palestine secara besar-besaran kini berlaku lagi, maka tanggungjawab kita menghalangnya sebelum peperangan yang dilancarkan ini menjadi lebih besar.

Ayuh! kita bersatu bersama rakyat diseluruh dunia untuk selamatkan Palestine.

3 comments:

Anonymous said...

Minalah Hamas selamatkan Palestine. kenapa bodoh nak jolok sarang tebuan membabi buta.Itu bodoh nama nya. alau nak jolok pun biarlah pihakny kuat dan bersatupadu. kenapa orang Arab tak lari selamtkan mereka. Ini Melayu yang sibuk Bila Darfur, Somalia dan lain lain dilanda bencana mana kau pergi. Itu saudara kau juga kan? kenapa tak pergi bantu..sebab mereka warna kulit hitam? jangan nak gunakan politik untuk diri kau. Hidup biar ada prinsip.Darah Arab lebih berharga?

al-brangi Online said...

Laknat yahudi dan yg sezaman dengannya

Anonymous said...

negara arab semua yang kaya harta dunia tetapi miskin harta akhirat..termasuklah malaysia..yang pernah menjadi pemimpin kepada oic..tetapi senyap aja..hanya mampu menjerit,melaung dan lepas tu balik tidur....

Tetapi bagi pejuang Islam,ingatlah DOA adalah senjata yang paling hebat..yakinlah semua..takbir ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese