"Sudah, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah pun ada nama itu. Kini ia tidak perlu dihebohkan lagi," begitulah sebut sumber berkenaan dari Kuala Terengganu kepada saya selepas Asar tadi.
Bagaimana pun sumber itu menjelaskan atas ikrar dan amanah beliau tidak mahu menyebutnya, cuma menegaskan berkali-kali masalah calon Pas tidak menjadi isu lagi kerana ia sudah ada!
Ditanya apakah calon itu termasuk tiga nama yang disebut-sebut sebelum ini sumber itu tidak menyebut dengan jelas sebaliknya berkata calon yang diturunkan Pas pasti tidak akan mengecewakan sesiapa.
"Semua pihak akan berpuas hati dengan calon pilihan Tuan Guru Abdul Hadi dan kita yakin calon itu akan membawa kemenangan, insyaAllah!" katanya.
Dengan perkembangan ini sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi esok, 1 Januari 2009. Mudahan calon yang diturunkan Pas dapat membawa kemenangan dan seterusnya sinar baru kepada Pakatan Rakyat.
(Catatan: Atas amanah dan ikrar saya juga tidak boleh menyebut nama calon berkenaan walaupun nama yang dirahsiakan itu sudah ke pengetahuan saya!). / msomelayu.blogspot.com
Calon yang bakal diumum pasti tidak kecewakan sesiapa
No comments:
Post a Comment