03 December 2008

Amy Nikahkan Sendiri Nabila, Zaidy - Malaysiakini


KUALA LUMPUR, 2 DIS 2008: Dengan hanya sekali lafaz, Zaidy Zailani, 27, sah menjadi suami kepada pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi, 24. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah Nabila, Suhaimi A Rahman atau Amy Search. Sebaik saja lafaz akad nikah itu disahkan, Zaidy dan Nabila terus sebak lalu menitiskan air mata.

Zaidy ternyata begitu terharu. Dia tidak percaya dinikahkan sendiri oleh Amy yang selama ini seorang ikon yang begitu dihormatinya.

“Tanggungjawab saya sekarang semakin besar. Saya berjanji akan buat sebaik mungkin buat isteri saya, Nabila,” ujar Zaidy.

Menambah cerita bagaimana dia mula-mula berjumpa dengan Amy, Zaidy berkata:

“Saya kenal Nabila waktu dia remaja lagi iaitu ketika usianya 18 tahun. Masa tu saya tak tahu pun dia anak kepada penyanyi Amy Search. Selepas mendapat tahu, saya terus jadi takut nak berkawan dengannya.

“Sebenarnya saya takut dengan Amy. Kali pertama jumpa Amy, saya diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa. Masa tu dia ada bagi syarat kepada saya untuk berkawan dengan Nabila,” kata Zaidy.

Seterusnya, Zaidy berkata dia mula melamar Nabila ketika Nabila sedang mengerjakan umrah. Nabila pun terus beritahu tentang lamaran saya kepada ibunya di Makkah. Waktu sambutan hari lahir Papa (panggilan untuk Amy), barulah semua orang tahu kami serius dan mahu berkahwin,” jelas Zaidy.

Menyokong pendapat suaminya, Nabila yang manis memakai busana dari Puri Pesona pula bercerita.

“Syukurlah dan saya gembira semuanya sudah selesai. Hubungan kami selama bertahun-tahun ini akhirnya membawa kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Saya juga akan cuba menjadi isteri yang bagus dan akan mengimbangkan jadual kerja saya dan rumah tangga.

“Sebenarnya saya tak rancang untuk kahwin pada usia muda. Tapi Zaidy memang cinta pertama saya. Dia boleh buat saya gelak dan banyak kenangan bersamanya. Selain itu, dia banyak bagi nasihat kepada saya,” kata Nabila.

Bagaimanapun, Nabila dan Zaidy yang sibuk dengan kerjaya masing-masing masih belum merancang untuk berbulan madu. Malah, Nabila menyerahkan perancangan bulan madu ke tangan ibu dan ayahnya.

“Kami belum rancang lagi destinasi untuk bulan madu. Tapi, Nabila kalau nak bercuti, suka bawa satu famili. Nabila akan bincang dulu dengan Papa. Mungkin tahun depan baru kami pergi. Tahun ini pun kami memang sibuk sangat. Cuti saya dengan Zaidy berbeza tarikhnya. Lagi... www.murai.com.my

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese