01 November 2008

Wujudkan jawatan kuasabebas siasat dakwaan Ian Chin - Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Segala dakwaan yang dikemukan oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Ian Chin Hong Chong harus disiasat secara terperinci dan perlunya satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat kesemua dakwaan dan tuduhan yang dikemukan peguam yang lantang itu.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah penting bagi tujuan memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara.

“Kerajaan harus menubuhkan satu panel bebas bagi menyiasat kesemua dakwaan dan tuduhan Ian Chin dan sekiranya apa yang didakwa beliau terbukti, tindakan serius harus diambil,” katanya kepada Suara Keadilan hari ini.

Beliau mengatakan sedemikian bagi merujuk tindakan Ian Chin yang pernah mendedahkan bahawa hakim akan diugut pecat jika membuat keputusan tidak memihak kepada kerajaan.

Ian juga pernah mendakwa bahawa beliau adalah antara hakim-hakim yang dihantar ke kem bina semangat pada tahun 1997 bagi menjalani indoktrinasi prokerajaan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Menurutnya lagi, tindakan Ian Chin melepaskan jawatan juga dicurigai oleh beliau dan beliau berasa ada sesuatu yang mempengaruhi hakim berkenaan meletakan jawatan.

“Kalau ikut cara Timbalan Menteri jawab soalan saya, ianya boleh dikatakan Ian dipaksa untuk letak jawatan, dan setelah menjawab soalan barulah diketahui umum bahawa Ian Chin telah meletakan jawatan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu

Ketika menjawab soalan Tian Chua mengenai sama ada kerajaan telah mengambil langkah-langkah bagi menyiasat dakwaan Ian Chin terhadap Dr Mahathir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah telah mengatakan bahawa hakim berkenaan telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong 16 Julai lepas.

Murugiah turut berkata, tidak wujud keperluan untuk menyiasat perkara itu memandangkan Hakim Chin telah meletak jawatan.

Tambahnya Tian lagi, apa yang didakwa oleh Ian Chin tidak boleh dibiarkan begitu sahaja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.

“Isu yang paling penting adalah mengenai campur tangan politik didalam urusan kehakiman. Jawatankuasa bebas bagi menyiasat dakwaan Ian Chin,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam beberapa laporan media, Presiden Majlis Peguam, S Ambiga turut dikatakan berkata peletakan jawatan Ian Chin akan meninggalkan tanda tanya kepada pelbagai persoalan.

Dalam kenyataan itu juga, Ambiga turut berkata beliau tidak dapat memastikan tindakan Ian Chin akan memberi kesan kepada badan kehakiman selari dengan keputusan yang dibuat - SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese