01 November 2008

MB Perak: Perundangan Islam Sedia Ada Perlu Diubah - Malaysiakini

Kerajaan Negeri Perak hari ini mengakui kesukaran untuk menguatkuasakan undang-undang Islam kerana ia memerlukan perubahan terhadap sistem undang-undang sedia ada di semua peringkat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan itu juga memerlukan kajian dan perbincangan di semua peringkat terlebih dahulu tetapi sehingga kini belum ada perbincangan seumpama itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita kenapa kerajaan negeri tidak menguatkuasa undang-undang Islam bagi menangani gejala maksiat yang membabitkan umat Islam yang mengunjungi rumah urut dan kelab-kelab malam.

Beliau berkata banyak kajian yang perlu dibuat bagi mengekang tabiat orang Islam yang melakukan maksiat dan mengunjungi kelab-kelab malam serta rumah perjudian.

"Saya serahkan kepada semua persatuan yang berlandaskan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat perbincangan bagaimana caranya untuk melaksanakan sistem perundangan ini.

"Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca dari tabiat meminum arak, main judi hinggakan suami sanggup memukul isteri gara-gara tidak sedarkan diri," katanya.

Mohammad Nizar yang baru melawat Pakistan minggu lepas berkata bandar raya Lahore yang mempunyai berjuta penduduk beragama Islam juga masih gagal menggunakan sistem perundangan Islam sepenuhnya.

"Di Lahore yang hampir seratus peratus penduduknya orang Islam juga masih menghadapi masalah untuk melaksanakan hukum yang sepatutnya," katanya.

Laksanakanlah Islam bagi yang berkuasa
Menurut berita terkini The Star Online MB Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan bahawa beliau akan menyerahkan kepada badan-badan dan NGO Islam untuk membincangkan bagaimana untuk memperkenal dan melaksanakan undang-undang Islam di negeri tersebut khasnya yang berkaitan dengan maksiat meminum arak dan judi dikalangan umat Islam. LAGI.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese