Memperbaharui kata-kata jihad dari As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood sebelum kesyahidannya sebagai pembakar daya jihad pejuang-pejuang Islam hari ini...
" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.." - Syuhada' Melayu
Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali
1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah satu nama yang telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila asy syahid dan rakan - rakan akhirnya gugur sebagai syuhada' ditembak mati dengan menggunakan peluru "getah" UMNO dan BN
Peristiwa yang berlaku pada tahun 1985 ( masa tu saya sedang menduduki SRP di tingkatan 3 )
Zaman Asy Syahid inilah saya masih ingat lagi bagaimana tamrin dan qiamulail menjadi budaya parti . Malah pernah mengikuti ucapan Asy Syahid dalam satu tamrin yang banyak mengupas mengenai slogan Jihad adalah jalan perjuangan kita dan Mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kita .
Hari ini saya bertanya pada diri sendiri , apa masih ada penghayatan terhadap slogan tersebut dalam perjuangan Islam ini ?
Slogannya mungkin masih ada tetapi penghayatannya , saya rasa kian pudar dan kian malap . Ayuh sahabat seperjuanganku , marilah kita menyemarakkan kembali semangat juang dan jihad tanpa batas demi mendaulatkan syariat Allah swt sehingga kita sanggup menjadikan darah dan nyawa kita sebagai taruhan .
Tunggu apa lagi sahabat !? . Bukan saya ajak ke medan tempur yang menumpah darah , tetapi cukup dulu untuk kita turun ke medan dakwah dan siasah , memerangi segala kemungkaran dan maksiat yang kian berleluasa dan bermaharajalela .
Atau kita masih menyusun kalimah yang indah dan kemas lagi bijak untuk dijadikan satu alasan kukuh oleh lidah yang petah bahawa kita mempunyai keuzuran untuk tidak turun ke medan ? LAGI.
No comments:
Post a Comment