18 November 2008

Persembahan Graf Akhbar Tempatan Mengelirukan - Malaysiakini

Minyak turun lagi? Baguslah. Turun dari RM2.70 kepada RM2.00, not bad. Baguslah tu. Roti canai pun dah turun RM0.10 kan? Bolehlah jimat buat beli pemadam pensil anak sekolah dengan RM0.10 tuh. Yet, the damaged is unrepair. Gesalah peniaga turun harga macammana sekalipun, berapa kerat sangat nak ikut?

Oh, sebenarnya aku nak tunjuk graf akhbar gah tempatan. Sangatlah salah. Macam tak pernah belajar buat graf. Mungkin tak pergi sekolah graf kot? Terima kasih kepada encik Aloha yang memaklumkan aku akan graf mengelirukan ini. Ya sangat keliru. Bandingkan graf asal dengan graf yang aku sudah buat garisan itu.

Apa yang akhbar ini cuba sampaikan? Pada Februari 2006, harga minyak ialah pada kadar RM1.92 seliter. Tengok graf yang sama merujuk kepada tarikh hari ini iaitu pada 18 November 2008, harga minyak pada kadar RM2.00 seliter. Sila tengok pula kadar RM1.92 seliter dengar kadar RM2.40seliter. Apa ke jadahnya RM1.92 seliter itu digambarkan sama aras dengan RM2.40 seliter. Sejak bila RM2.00 seliter lebih rendah dari RM1.92 seliter????

Baru belajar buat graf? Atau semata-mata nak mengelirukan rakyat yang menampakkan setelah kenaikan minyak mendadak sehingga hampir 80sen kini ianya boleh turun menjadi RM2.00 dan lebih rendah dari kadar asal sebelum kenaikan iaitu RM1.92? mengikut graf di muka depan akhbar terkemuka ini, RM2.00 adalah lebih rendah dari RM1.88 seliter sebelum Feb 2006. Oh come on, who you try to fool? - What I Saw Lately


Sumber Gambar: Berita Harian

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese