Kempen ‘Jom Bersih’ Idris Gagal - Kebersihan belum memuaskan

Kenyataan Ahmad itu dilihat sebagai menyindir program ‘Jom Bersih’ yang telah dilaksanakan oleh Bekas Menteri Besar Idris Jusoh.
Kempen Kebersihan Idris dengan slogan ‘Jom Bersih Ganu Kite’ gagal menjadikan negeri Terengganu kerana Idris bukan benar-benar mahukan Terengganu menjadi sebuah negeri yang bersih.

Kenyataan tersebut jelas dengan keratan berita dibawah:
“Tiada Halangan, Hanya Peluang. Rakyat Terengganu membuktikan slogan yang kini bermain di bibir penduduk negeri ini bukan dicipta sekadar main-main, tetapi ia merupakan kata semangat bagi menjayakan setiap program yang dirancang.
Hasilnya semalam, satu lagi sejarah terpahat apabila 240,830 orang penduduk dari seluruh daerah menyertai program gotong royong secara serentak bermula jam 8 hingga 11 pagi di seluruh negeri.
Peristiwa tersebut kini dirakamkan dalam buku ‘The
Pengarah MBOR, Datuk Danny Ooi menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam satu majlis selepas Menteri Besar meninjau sendiri rakyat Terengganu membersihkan negeri, dari udara.
Menteri Besar berkata, kejayaan ini melepasi sasaran 200,000 orang yang dijangkakan menyertai program tersebut.
“Program gotong royong ini dilakukan secara serentak di 2,905 lokasi di seluruh negeri melibatkan pelbagai lapisan rakyat, daripada pelajar hinggalah kakitangan awam dan swasta,’’ katanya.
Turut menaiki helikopter bersama-sama Dato’ Idris bagi meninjau acara gotong royong itu ialah Setiausaha Kerajaan, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Ahmad Said.” - buletin
No comments:
Post a Comment