06 November 2008

Peruntukan khas bangunkan ICT di Kelantan - Malaysiakini

KOTA BHARU - Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) turut mendapat tempat di Kelantan apabila sentiasa diberi perhatian serius kerajaan.

Malah tahun lepas kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM0.5 juta bagi membangunkan ICT, selaras dengan perkembangan semasa.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan khas bagi tujuan itu bagi memastikan Kelantan tidak ketinggalan dalam bidang ICT.

"Memandangkan bidang tersebut begitu penting kerajaan negeri juga bersedia bekerja sama dengan semua pihak bagi membolehkan masyarakat menerima manfaat," katanya selepas merasmikan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2008, di Balai Islam, hari ini.

Karnival itu merupakan acara tahunan, ia berlansung hari ini sehingga Ahad. Sebanyak 60 gerai yang mempamerkan pelbagai produk disediakan.

Antara yang mengambil bahagian termasuk Darul Digital, MSC Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kolej Teknologi Darulnaim.

Timbalan Menteri Besar berkata, hasil bersungguh kerajaan negeri membangunkan bidang itu dapat dilihat apabila pelbagai lapisan masyarakat kini semakin peka perkembangan ICT.

"Tahun lepas kita memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk tujuan itu, bagaimanapun tahun ini jumlahnya menurun memandangkan masaalah kegawatan ekonomi," katanya.

Menurutnya kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM120,000 untuk program ICT Desa bagi memastikan masyarakat di luar bandar turut celik ICT.

Terdahulu ketika berucap katanya, kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta penting bagi membangunkan ICT di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, golongan belia perlu mengikuti perkembangan bidang ICT memandangkan ia berkait rapat dengan kerjaya masa depan.

"Karnival Sains dan Teknologi merupakan satu strategi yang dirancang bagi menimbulkan minat terutama generasi muda dan menggalakkan mereka memilih kerjaya berasaskan sains dan teknologi," ujarnya. - Hrkh

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese