06 November 2008

Ex-gratia: Salleh Abas , lima bekas hakim kanan terima RM10.5 juta - Malaysiakini

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (kanan)menerima ex-gratia daripada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada 20 Jun lalu. (Foto oleh AZMAN GHANI).

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima bekas hakim kanan yang lain menerima bayaran ex-gratia dengan jumlah keseluruhan RM10.5 juta sebagai pampasan atas pemecatan mereka pada tahun 1998 yang lalu.

Pembayaran ex-gratia itu diumumkan Perdana Menteri pada April lalu sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman tersebut dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.

Bekas hakim terlibat selain Salleh ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh. - mStar

K'jaan bayar RM10.5 juta pada 6 bekas hakim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas.

judiciary forum lingam tape 171107 salleh abbasBeliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

Jumlah tersebut dibayar oleh kerajaan kepada enam bekas hakim tersebut yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988.

Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Menjelaskan mengapa enam hakim tersebut masih menerima bayaran pension sejak 20 tahun lalu walaupun mereka diberhentikan perkhidmatan, Nazri berkata, mereka tidak dipecat tetapi perkhidmatan mereka ditamatkan lebih lebih awal dari kebiasaannya.

Minggu lalu, Nazri menjadi sasaran ahli Parlimen pembangkang apabila menyatakan yang beliau tidak tahu jumlah sebenar yang dibayar kerajaan kepada bekas hakim-hakim tersebut. - Malaysiakini

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese