08 November 2008

Pemimpin Umno ‘Kuat Iman'? - Malaysiakini

Kuala Terengganu – Peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam kepimpinan Umno yang melibatkan jawatan tertinggi parti itu hanya tinggal empat bulan dari sekarang

Berikutan itu, Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mempunyai peluang yang sangat ‘cerah’ untuk melangkah ke jawatan paling tinggi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Kini, parti Umno sedang menghadapi Mesyuarat Pemilihan Umno bahagian di seluruh negara bagi memilih kepimpinan parti di bahagian-bahagian berkenaan.

Demi merebut jawatan sebagai tiket untuk mendapat pangkat dan harta, berlakulah usaha lobi melobi, rasuah dan sogokan yang berselindung disebalik nama yang lebih lunak sebagai ‘politik wang’.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah berkata dalam Umno hanya pemimpin yang kuat ‘iman’ sahaja boleh menang.

Menurutnya, mana-mana pemimpin Umno yang ingin bertanding dalam pemilihan Majlis Tertinggi Parti atau Ketua Bahagian mesti seseorang yang kuat ‘iman’.

“Betul Mat, kalau hendak menang pemilihan jawatan tertinggi parti atau mana-mana bahagian mesti kena kuat ‘iman’.

“’Iman’ bagi orang Umno adalah ‘duit’..jika tidak ada duit jangan haraplah kamu hendak menang. Sebab itu, mereka (pemimpin) yang bertanding hari ini semua itu mereka yang kuat ‘iman’ belaka,” ujarnya dengan sinis kepada seorang Wartawan ketika Mesyuarat Pemilihan Umno Bahagian Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.

Katanya, orang Umno hanya ‘berimankan’ duit dan kerana duit kebenaran serta keikhlasan tidak bernilai lagi.

Buletinonline difahamkan, rupa-rupanya duit itu merupakan ‘iman’ bagi orang Umno yang melengkapkan lagi dakwaan PAS serta parti-parti pembangkang lain.

Justeru Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau gagal untuk bertanding Presiden Umno kerana beliau kurang iman, iaitu kurang duit.

ADUN Alor Limbat, Terengganu Pujuk, Paksa dan Sogok RM1000.00


Buletinonline: Surat Akuan Bersumpah Yang Menyatakan Dengan Jelas YB Alias Abdullah, ADUN Alor Limbat telah memujuk, memaksa dan menyogok RM1000.00 untuk memfitnah musuh-musuh politiknya. Baca Berita

http://buletinonline.net/images/berita13/akuan1a.gif






















http://buletinonline.net/images/berita13/akuan1b.gif























http://buletinonline.net/images/berita13/akuan2a.gif
























http://buletinonline.net/images/berita13/akuan2b.gif




















No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese