29 November 2008

Mustafa Ali ziarah jenazah Razali Ismail - Malaysiakini



Jenazah timbalan menteri disemadi

Jenazah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Kuala Terengganu kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menziarahi jenazah di kediaman allahyarham di Lorong Kenanga, Batu Burok, tidak jauh dari istana baginda, pada 10.45 pagi, lapor Bernama.

Kenamaan yang turut hadir di kediaman allahyarham termasuklah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sains dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Zainal Abidin selepas solat Zohor.

Menurut agensi berita itu lagi, ramai ahli keluarga dan kenalan beliau memberikan penghormatan terakhir serta menyaksikan upacara pengebumian itu, dalam keadaan hujan, di perkuburan Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara. - Malaysiakini

Buletinonline :
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ziarah Keluarga Dato’ Razali

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese