29 November 2008

Anwar: Peralihan kuasa... - Malaysiakini



Peralihan kuasa bermakna, tukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral - Anwar

SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan erti peralihan kuasa adalah menukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral kepada pemimpin yang bersih.

Namun, ujarnya peralihan kuasa yang diusahakan kerajaan Umno/BN hari ini tidak sedemikian kerana pemimpin yang menggantikan ialah di kalangan mereka yang perasuah, zalim dan maksiat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas sempena perasmian Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok.

ImageBeliau juga menyamakan sikap suka menafikan di kalangan pemimpin Umno/BN sama seperti sikap Preisden Amerika, George w Bush yang suka membuat penafian.

Ujar beliau lagi, kerajaan Umno/BN hari ini semakin parah dalam memacu kebajikan rakyat kerana mereka lebih berusaha untuk memacu ekonomi sendiri.

Katanya lagi, hal ini menyebabkan rakyat bertambah muak dan natijahnya hari ini rakyat menolak kepimpinan Umno/BN yang korupsi.

"Rakyat ada pilihan samada hendak kekalkan sisitem yang perasuah, yang mengekalkan ISA, yang meminggirkan kaum miskin, atau rakyat boleh memikirkan perubahan seluruhnya, kalau ini berlaku kita akan benar-benar merdeka, itu pilihan yang ada pada rakyat," katanya.

Beliau percaya jika kepimpinan Umno/BN meneruskan kepimpinan negara hari ini, wang rakyat akan terus dirompak dengan pelbagai alasan termasuk kononnya atas dasar komisen.

Justeru jika rakyat mahu merubah semua kemelut yang ada dalam kepimpina kerajaan hari ini, rakyat perlu mengubahnya segera dan dengan keazaman PAS, KeADILan dan DAP, pastinya perubahan ini boleh berlaku.

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menjalankan ibadah haji, atas kerjasama yang kukuh selama ini.

Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Chen Ma Hin selain Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Muda dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar yang sudi hadir dalam perasmian kongres kali ini.

Ucaoan Anwar sebentar tadi mengakhiri perasmian kongres dan kongres ditangguhkan sementara untuk berehat menjamu selera sehingga jam 2.30 petang yang disambung dengan ucapan perbahasan perwakilan. - Hrkh

2 comments:

Gelombang Rakyat said...

Bernas dan tepat pandangan Anwar Ibrahim terhadap pemimpin UMNO/BN.

KenYong said...

We don't mind when Dearest Anwar topple the evil Gov, we strongly support him anytime and anywhere. Go to hell BeeNd.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese