20 November 2008

Membantah Penahanan Guantanamao, Bagaimana dengan ISA? - Malaysiakini

Membantah Penahanan Guantanamao, Bagaimana dengan ISA? - GMI

KUALA LUMP
UR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mempersoalkan kenyataan Menteri Luar Rais Yatim seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini 18 november lalu yang dipetik sebagai berkata “Kerajaan berharap dua rakyat Malaysia di Kem Guantanamao Bay dibebaskan dan saya telah menemui Barack Obama di sana yang juga Presiden Amerika”.

Rais turut menambah ” Tiada sebab untuk mereka di tahan di sana (Mohamad Farik Amin dan Mohamed Nazir Lep)” dan ini lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Bagaimana dengan ISA? sehingga kini tiada tahanan ISA yang dibicarakan di mahkamah. Apakah yang dimaksudkan oleh menteri itu dengan ungkapan “lebih teruk berbanding ISA?”. Perbuatan menteri itu jelas menunjukkan Rais bersetuju bahawa ISA adalah undang-undang penahanan tanpa bicara dan ianya adalah undang-undang rimba?

GMI mendesak Rais agar berhenti dari sikap “double-standard”. Kami berharap Menteri dan Kerajaan dapat melihat bahawa nasib tahanan ISA di Kem Kamunting adalah sama dengan mereka yang berada di Penjara Guantanamao Bay.

Kebanyakan tahanan tahanan tanpa bicara ISA bersifat bertahun-tahun. Percubaan untuk mendapatkan keadilan terhadap dua rakyat Malaysia di Guantanamao oleh kerajaan membuktikan sikap hipokrit pemerintah.

Sehingga kini terdapat lima tahanan Jemaah Islamiyah () dalam tahanan ISA selama tujuh tahun.

Mereka adalah Yazid bin Sufaat, Suhaimi bin Mokhtar, Abdullah bin Daud, Mat Sah bin Mohd Satray dan Shamsuddin bin Sulaiman.

Kebanyakan mereka ditahan antara dua hingga enam tahun. Sama seperti di Guantanamo tahanan ISA di Kamunting ditahan tanpa perbicaraan di mahkamah dan masyarakat melihat wujud kezaliman di situ. - SK

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese