GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan kepada para hafiz anak kelahiran Pulau Pinang yang telah belajar ataupun sedang mengajar di seluruh negeri ini pada 29 November 2008 kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Sumbangan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada hafiz yang berjaya mencapai tahap yang disegani dalam mendalami ilmu agama khususnya al-Quran, " ujarnya dalam sidang media sejurus masa rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pagi tadi.
Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat menyembarakan lagi semangat anak muda untuk menjadi seorang hafiz yang berjasa kepada agama dan masyarakat.
Ini kerana, melalui pembacaan dan penghafalan dalam al-Quran jelas dapat membentuk sebuah masyarakat madani yang berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Selain dari mencorakkan pemerintahan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah berjaya menjadi model pemerintahan yang adil dan berjiwa rakyat serta merombak semula jentera pentadbiran sumbangan tersebut juga dianggap habuan terbaik sebagai galakan anak muda mendekati al-Quran.
Bahkan kata Lim, tindakan Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup memecat pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa serta menumpukan perhatian terhadap peningkatan ilmu pendidikan di kalangan rakyat dapat memulihkan kepercayaan rakyat.
4 comments:
Syabas Lim Guan Eng! Jadikan pentadbran anda pentadbiran contoh agar dapat membuka mata rakyat dari negeri-negeri lain. Ini boleh menjadi satu daya pendorong untuk memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Keep up the good work!
Asalamualaikum kepada semua,
masyarakat cina menyokong sepenuhnya dasar dasar baik yang
menguntungkan semua pihak tanpa mengira kaum dan ugama.
yang baik harus di serap sepenuhnya
dan yang jahat/buruk harus di ketepikan.
tahniah di ucapkan sekali kepada EN.LIM GUAN ENG atas wawasan beliau.
InsyaAllah kerajaan PR pimpinan beliau akan terus menerajui negeri Pulau Pinang dalam pilihanraya yang seterusnya.
Ameen.
tak payah lah nak percaya dengan orang kafir ni. dia ni berlakon aje, sebenarnya nak tarik undi orang melayu itu aje. kalau dia dah rasa Islam tu benar kenapa tak masuk Islam. orang Melayu yang bodoh terutamanya orang-orang PAS ni, orang kafir (DAP)buat kawan, orang Islam (UMNO) jadikan lawan. benar ker PAS ni perjuangkan Islam, kalau perangai PAS macam ni. Pas nie kena tukar nama lah jangan guna nama Islam guna nama lain atau bersatu aje dengan DAP, itu yang lebih baik.
reply kepada anonymous kat atas-
apa benda berlakon ni, hang ni memang pantang tengok orang bukan Islam buat baik ka? Cuba hang ingat balik Abi Talib, pakcik Nabi, dia percaya sungguh kat Nabi, jaga nabi sampai besaq, tapi last-last tak masuk Islam jugak. Takkan hang nak kata tak boleh percaya kat pakcik nabi kot. Hidayah ni urusan Tuhan wei!
Manusia
Syabas Lim Guan Eng, boleh jadi Obama Malaysia!
Post a Comment