12 November 2008

Mahathir: "Bangsa Malaysia" boleh jadi PM - Malaysiakini


Lagi foto di sini; minaq jinggo

Dr. M: Siapa saja boleh jadi PM asalkan "Bangsa Malaysia"

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia "Bangsa Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang negara ini menetapkan bahawa siapa saja boleh menjadi Perdana Menteri tetapi dia mestilah pemimpin sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti.

"Jika kita cakap mengenai PM bukan Melayu, kita dianggap bersifat perkauman. Kita tidak boleh menyoal sama ada dia Melayu atau bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada siri Wacana Perdana "Bangsa Malaysia" di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia sudah bersedia mempunyai seorang Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu ekoran pemilihan Barack Obama sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Dalam ucap utamanya sebelum itu, Dr Mahathir berkata parti berasaskan kaum dalam Barisan Nasional (BN) masih relevan untuk menangani isu perkauman. "BN telah membuktikan bahawa sejak 50 tahun lepas, parti itu telah mengurangkan perbahasan mengenai perkauman dan telah membangunkan negara ini ke tahap yang ada pada masa ini," katanya.

Dr Mahathir juga menolak andaian kononnya prestasi buruk BN dalam pilihan raya lepas disebabkan rakyat menolak politik berasaskan kaum.

"Ini tidak betul. Macam mana mereka boleh kata penolakan itu disebabkan parti berasaskan kaum kerana parti yang mendapat sokongan seperti PAS, DAP dan Keadilan juga berasaskan kaum.

"Kenapa mereka tak suka kontrak sosial...ia kerana (faktor) kaum. Kenapa mereka mahu PM bukan Melayu, ia juga kerana (faktor) kaum," katanya.

Dr Mahathir berkata, langkah untuk mengatasi isu itu perlu dilakukan secara perlahan dan rakyat perlu berkorban.

"Ini hanya dapat dilakukan bukan menerusi parti pembangkang tetapi dengan kembali kepada parti berasas kaum, BN. Sama ada suka atau tidak, saya rasa parti berasaskan kaum masih relevan," katanya. BERNAMA

4 comments:

kekwa66 said...

Alah, jangan merepek lah Tun M...MB selangor lantik cina jadi pemangku..dengar tu ....pemangku je..dah bising-bising..jadi PM...ha...dunia khiamat pun belum tentu boleh......!!!

my42u said...

Aku nak tunggu komen2 puak umno belasah tun pulak.Tapi aku rasa dia orang semua ok je pasal tun tu sifu diaorang yang satu ketika dulu diaorang kata mr perfect, semua betulll...Aku rasa tun guna strategi lama untuk tarik perhatian orang2 bukan melayu supaya kembali memberi kepercayaan kepada Umno/BN kerana beliau tau kepimpinan UMNO dan kerajaan yang ada sekarang ni TAK BOLEH HARAP!!serah kuasa pun macam nak bagi paraeid harta BAPAK dia agaknya dan yang lain2 tu angguk BODOH je....!!

bungaraya said...

Saya nak tanya,
Jika seorang melayu berkahwin dengan seoran perempuan Cina, apakah bangsanya? tentulah 50% melayu dan 50% Cina. Jika yang 50% cina tu kahwin perempuan India? Apakah Bangsa budak yang baru dilahirkan itu? Dan kemudian budak yang baru dilahirkan itu, setelah besar kelak akan berkahwin seorang Hindustan pula? Apa kah bangsanya?

Begitulah akhirnya rakyat Malaysia tidak lagi secara majoriti tidak lagi dikenali melalui bangsanya melainkan ianya Malaysian sahajalah.

Cara dan kaedah ini boleh digunakan untuk meredakan suasana sensitiviti yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Dalam tempuh yang sedarhana lama semuanya akan menganggap dirinya Malaysian dan bukan iban, bukan kadazan, bukan sino-kadazan, bukan brunei, bukan jawa, bukan bugis, bukan cina, bukan india dan sebagainya bukan dan bukan lagi. Ia hanya sebagai sejarah untuk dipelajari diperingkat persekolahan sahaja.

Pada ketika itu di A kah atau si B atau di c yang menjadi PM Malaysia, ia tidak lagi diukur melalui bangsa atau kaumnya kerana rakyat Malaysia hanya dikenali sebagai Malaysian sahaja.

Mustahil tapi jika ada kesungguhan dan dijadikan galakkan kepada generasi muda ( atau boleh juga generai tua, jika mahu )oleh kerajaan mampu akan menjadi satu kenyataan. Layarilah chilliriver.blogspot.com. dan komenlah walau anda extrim sedikii, tak mengapa.

Musallam said...

Salam,

Saya fikir pendapat Mahathir adalah tepat dan jitu.

Beliau bercakap berdasarkan perlembagaan dan fakta.

Jadi orang Melayu tidak perlu bermimpi akan jadi PM selama-lamanya, kalau kuasa politik mereka sudah lemah pada suatu masa nanti.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese