13 November 2008

Fatwa: Protes adalah tindakan ekstrims - Malaysiakini

Campurtangan Bukan Islam boleh menimbulkan Huru-hara

http://buletinonline.net/images/berita13/abu%20bakar%20cik1.jpgKuala Terengganu - Tindakan pihak-pihak bukan Islam yang campurtangan dalam urusan dan hal ehwal Umat Islam dibimbangi boleh menimbulkan huru-hara.

Presiden Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY) Dato’ Abu Bakar Chik menyatakan demikian sebagai respon kepada tindakan dua NGO bukan Islam yang membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan Katagender dan Food-not-Boms yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa mengharamkan Pengkid adalah tindakan ekstrims, keterlaluan dan amat berbahaya kerana boleh menganggu-gugat keharmonian dan keselamatan Negara.

Beliau turut meyokong kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang berkata fatwa yang dikeluarkan adalah sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama.

“Fatwa Majlis adalah untuk Islam, bagi melindungi umatnya di Malaysia dari terjebak dengan kegiatan haram disisi Islam,
“ia tidak ada kena mengena dengan bukan Islam, mengapa mereka (dua NGO bukan Islam) campurtangan dalam hal ehwal orang Islam,”kata Dato’ Abu Bakar ketika dihubungi Buletinonline kelmarin.

“Saya menyokong apa yang dinyatakan oleh Sheikh Abdul Aziz (Pengarah Jakim),
“apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa adalah selaras dengan pandangan Islam dan ianya adalah betul,”tambahnya.

Beliau juga berharap semoga umat Islam d negara ini sama-sama menerima dan mengambil keputusan yang baik itu dan dapat sama-sama menurutinya.

http://buletinonline.net/images/berita13/paksheikh1.jpgOleh yang demikian beliau menyeru semua umat Islam agar bersatu dan lebih prihatin terhadap isu-isu berkaitan Islam.

“Bersempena kedatangan bulan Zulhijjah, yang mana ia merupakan bulan Haji. bulan berkumpulnya Umat Islam dari seluruh dunia dari pelkbagai bangsa dan keturunan,

“umat Islam seluruh dunia wajar bersatu dan cukuplah menjadi teladan dan pengajaran kepada kita tentang penderitaan Umat Islam hari ini, yang berlaku disebabkan campurtangan golongan dan pihak bukan Islam terhadap Negara-negara Islam,”tambah beliau.

Dalam perkembangan yang sama sebuah NGO Melayu Islam, Ikatan Anak Watan Negeri Terengganu (Ikhwan) turut menggesa supaya badan-badan dan NGO bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan yang berkaitan hal dalaman umat Islam.

Jurucakap Ikhwan Kuala Terengganu, Sheikh Said Sheikh Ahmad, 70, (gambar) berkata fatwa Pengkid adalah fatwa untuk umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau berkata sekiranya bangsa lain atau ugama lain membenarkan dan merasakan ia baik bagi mereka, maka bagi umat Islam ia tidak ada apa.

“Apa yang di putuskan majlis Fatwa adalah ‘for muslim’ (untuk umat Islam), I repeat for muslim only (saya ulangi untuk umat Islam sahaja), why this Katagender and Food-not-Bombs and this Ivy Josiah, camputangan,”ujarnya. - buletinonline

Malaysiakini: Fatwa: Abim pandang berat pihak anjur protes

Protest against anti-tomboy fatwa

6 comments:

Al-Yasar said...

Salam,

Kalau terlampau banyak fatwa, bererti terlampau banyak peraturan dan kongkongan.

Saya kira itulah yang orang Islam dan bukan Islam tidak suka.

Apalagi jika fatwa itu mungkin kelihatan tidak logik dan tidak praktikal.

Lagi pun fatwa itu mungkin kelihatan berkaitan dengan hal yang remeh temah saja.

Kalau fatwa itu baik dan logik, mungkin tidak dipertikaikan oleh sesiapa.

Anak Perelih said...

Kepada Sangkakala... anda tahu apa itu FATWA??? seperti dijelaskan.. ianya adalah garis panduan.. utk orang Islam ikut... sebagai panduan... kalau tak mau ikut.. lantak la.. nanti anda jawab la dengan Allah.... sebelum buat komen, pastikan anda tahu apa yang anda cakapkan.. kalau tak.. ianya hanya menjadikan anda anda seperti orang bodoh/dungu

Anonymous said...

Although the fatwa is for Muslims, we the non Muslims made comments b'coz we believe in freedom of speech and we believe Muslims women are our sisters too and we need to educate them about their rights over their bodies and life. Why does Islam takes so much interest over women? what with no lipstick, no tights etc unless it's their men who is so enchanted with women? can't Muslim women think for themselves that thy have to rely on some inpractical ruling to guide them?

Unknown said...

betulke semua peraturan itu mematuhi dan mengikuti agama islam??? atau cuba mengawal pemikiran muslim oleh sesetengah pihak??

begitu kongkong dan ekstrims agama islam???

takutnya.

Anonymous said...

Apa nak heran?

Ini kan hasil didikan Pakatan Rakyat...

Demonstrasi...Hak Bersuara...

Skrg tgk apa jadi?

Bkn Islam pun nak campur urusan Islam...

Tak malu ke PR perjuangkan kumpulan NGO ni?

Azab lah korang semua dlm neraka nanti!!

Anonymous said...

sangkakala@ sangka salah,
hujah yang kau kata sungguh lemah. bayangkan, emak dan bapa engkau nasihatkan kau jangan buat itu... ini....(perkara yg BAIK buat ko) kau mesti ikut kan????? lps tu, kawan ko kata apalah ibu bapa ko ni DAH TAK BETUL. sedangankan perkara tu baik buat ko.... BETUL PUN. xkan ko terperdaya dengan agenda SESAT dorang.." aku pun x tau apa motif ko anta msg 2 kt forum kt cni. xda faedahnya kata benda yang TAK BETUL....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese