27 November 2008

Lagi Isu Arak di Selangor - Malaysiakini

Ahli PAS batal usul kawal arak

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.

Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.

Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.

Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.

Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras. - Mkini>>>

Arak : Tindakan MBSA Selangor adalah tepat, wajib disokong!
.
Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang membataskan jualan minuman keras (arak) diseluruh wilayah tadbirannya menjelang Januari akan datang merupakan satu tindakan yang positif buat rakyat. Ianya adalah langkah terbaik bagi menangani masalah achoholic kalangan muda mudi masakini. Gejala ini bukan sahaja berlaku kalangan belia bukan Islam tetapi sudah semakin merebak kepada belia melayu-Islam.
.
Sasaran bagi membataskan penjualan arak ini tertumpu kepada kedai runcit, restoran dan kedai serbaneka 24 jam yang begitu mudah diakses oleh pengguna. Arak adalah barang kawalan dan seharusnya pengawalan itu dibuat bukan sekadar dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, tetapi harus juga melihat kepada aspek yang lebih menyeluruh iaitu tentang kedudukkannya dalam masyarakat yang kini dianggap sebagai antara punca kemalangan dan kejadian jenayah.
.
Tindakkan MBSA harus dilihat sebagai satu langkah awal bagi mencegah tanpa mengharamkan penggunaan arak kepada pengguna bukan Islam. Penjualan arak masih dibenarkan berlaku tetapi dalam premis-premis tertentu sahaja iaitu hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong.
.
Jadi secara tidak langsung arahan MBSA itu masih selari dengan kehendak Kerajaan Negeri iaitu mengawal penjualan arak tanpa mengharamkan untuk kepentingan kaum bukan Islam.
.
Ini memberikan ruangan yang tersendiri buat umat Islam dan bukan Islam bagi memanfaatkan dasar agama masing-masing. Hakikatnya, mana-mana agama sekalipun didunia ini tidak pernah menghalalkan minuman yang boleh memberikan mudarat kepada kesihatan dan tingkah laku manusia.
.
Justeru itu, sokong padu harus diberikan kepada MBSA bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan. Ini seharusnya menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan lain agar berani untuk melakukan tindakan yang memberikan manfaat kepada rakyat.
.
Kerajaan Selangor disaran untuk memperjelaskan pada rakyat bentuk penguatkuasaan yang terbaik memandangkan arahan yang diputuskan didalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini iaitu meningkatkan penguatkuasaan, melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun, dan juga kepada masyarakat Islam terlalu longgar.
.
Malah keputusan itu sama sahaja dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan lalu yang ditadbir oleh BN. Sewajarnya perlu ada pembaharuan dan juga dasar yang lebih utuh bagi menangani masalah ini.
.
Kerajaan Selangor sememangnya perlu mendengar pandangan rakyat, tapi dalam masa yang sama perlu membuat rujukkan dan kajian tersendiri bagi menganalisa isu ini agar ianya dapat memberikan manfaat buat semua.
.
Rakyat perlukan perubahan, dan ianya kita berada dalam tangan Kerajaan Pakatan di Selangor. - Pemuda Wilayah

4 comments:

Anonymous said...

wei get a life la wei....there more better things in life la

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum kepada semua pembaca,

PAS got 8 seats becoz chinese voted them but DAP will get 0 seats if malays do not vote them.

DAP MPs and state assemblymen still do not realised they are in power today becoz the Malays voted them and now they are trying to be heroes to the chinese community only.

to the DAP dont you all are aware that alcohol are bad for health just like cigarette.

I am a CHINESE and i hate all the above habits.(i have a lot of malay friends)

Not all policies by PAS are bad.
Yang baik kita menyerap.

in fact PAS has been urging bread earners to go back to their families after work instead of heading to all these karaokes joint where alcohol and chinadoll are in abundance.

i remember not very long ago a group of chinese housewife went to see a certain OCPD asking for help
becoz their husband have been spending all their time in all these karaokes outlet.

how many chinese families have succumbed to these evil ?

bread winner spending their hard earned money on alcohol, gambling and later on womanising will come along.

DAP remember you guys represent all malaysians and please do not try to be a hero to a certain community even though knowing very well all the above are bad for everyone.

carry on with your typical chinaman attitude and i can guarantee you guys will all be a one term MP/state assemblyman.

P/S read LIM KIT SIANG BLOG.
BTW NONE DAP MPs has responded.

tony pua may god protect your children from the evil of alcohol.

Ameen.

SmileInSadness said...
This comment has been removed by the author.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese