Ramai yang tertanya tentang isu "kontral sosial" yang sering diwar-warkan di media arus perdana sekarang ini. Apa itu kontrak sosial? Dan pernahkah rakyat Malaysia didedahkan dengan perkara ini. Justeru itu rakyat tidak boleh dipersalahkan. Tambahan pula kontrak tersebut tidak "didokumenkan" untuk tatapan rakyat. Bahkan lebih sedih lagi sejak 51 tahun merdeka, UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah menyebarkan maklumat ini di media-media masa bagi pengetahuan rakyat. Rancangan TV lebih dimomok-momokkan dengan isu hiburan semata-mata. Maka itu kita harap agar isu ini tidak dipermainkan sewenang-wenangnya tanpa sebarang usul periksa. Perpaduan kaum harus dijaga dan dibajai agar ia terus subur di negara Malaysia ini. Langkah mengheboh-hebohkan perkara tentang "kontrak sosial" ini adalah satu tindakan dasyat UMNO untuk menagih kembali sokongan rakyat terhadap parti karat itu. Maka itulah ia sering dimain-mainkan di media sekarang ini. Justeru itu, siapakah harus dipersalahkan dalam hal ini?. Kerajaan ada media arus perdana, kenapa tidak diwar-warkan sejak sekian lama?. Apa yang mahu dirahsiakan sangat hal ini. Memandang perkara ini tidak didokumentasikan secara rasmi, maka disini kami huraikan antara perkara asas yang terkandung dalam kontrak sosial tersebut untuk pengetahuan semua.
DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan. Contoh : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui. Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tujuan kontrak sosial ialah :-

- Bertujuan untuk selesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
- Pastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
- Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
- Memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.
Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.
- Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).
- Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
- Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.
- Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu
- Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu
[Dengan penjelasan ini, maka diharap rakyat akan faham serba sedikit kandungan kontral sosial terbabit. Pihak kerajaan juga salah kerana tidak mendokumenkan perkara ini secara rasmi agar rakyat tahu apakah yang terkadung didalammnya. Jika sekadar, cakap-cakap kosong semata-mata, kami yakin puak-puak UMNO dan BN sendiri pun tidak tahu dan faham akan apakah kandungan yang terdapat dalam kontrak sosisal tersebut]. - pahangdaily
Mari kita sama-sama meneliti hujah-hujah yang dikemukakan di dalam tiga surat yang menarik berkait isu 'kontrak sosial' dan hubungan kaum;
Malaysiakini (3 Nov. 2008):
1. 'Tiadanya definisi yang tentu untuk 'kontrak sosial'
2. Mengenai definisi 'Melayu' dan 'kontrak sosial'
3. Hubungan kaum dan rintangan kepada kemajuan warga Melayu

2 comments:
BUNGARAYA menambah,
Sekarang setelah anda betul-betul faham akan maksudnya kontrak sosial, dan kepada rakyat yang mengingkarinya, saya mencadangkan anda menulis surat ke Jabatan pendaftaran Negara meminta ditarik balik hak kerakyatan anda dan hantar balik I. c anda?
Apa pasal orang lain yang bashing hak Orang melayu sampai berbulan bulan ? Kat mana orang bukan melayu yang tak puas hati sangat ?
Ade kah orang bukan Melayu tak makan sehari ?
ade yang jadi bankrup olih kerana orang melayu apap ?
Ade yang tak bolih jadi Kaya ?
Ade yang tak dapat kerja?
Ade orang bukan Melayu kempunan tak dapat gelaran Tun,Tan Sri,Datuk seri,Datuk Seri Utama ,Federal Dato Sabah Datuk seri Negeri sembilan lll?
arjuna waspada
Post a Comment