04 November 2008

Umno Terengganu Terbelah Dua - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita13/umnopecah.jpgKuala Terengganu – Umno Terengganu akan terus terbelah dua dengan tindakan pemecatan yang bakal diterima oleh Yahya Khatib Mohamad daripada barisan Exco negeri.

Kumpulan yang menyokong Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Dato’ Ahmad Said mempertahankan tindakan Ahmad untuk memecat Yahya, manakala kumpulan yang tidak menyokong terus mempertikaikan tindakan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Datuk Rosli Mat Hassan yang juga orang kuat Ahmad berkata Ahmad Said tidak harus dipersalahkan berhubung pemecatan Yahya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil mesyuarat Badan Perhubungan Umno malam kelmarin yang dikatakan membincangkan pelbagai agenda politik, termasuk isu membabitkan Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri sebagaimana yang dilaporkan akhbar media perdana.

Dalam perkembangan yang sama, Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Dato’ Rosol Wahid terus mempertikaikan larangan Ahmad menghalang Exco bertanding jawatan Ketua Umno.

Beliau mempersoalkan mengapa jawatan ketua sahaja dilarang untuk dipertandingkan? Apakah jawatan tersebut sahaja yang mampu memecahkan perpaduan UMNO ?

“Atau mungkin jawatan-jawatan lain seperti Timbalan dan Naib... tidak dilarang dipertandingkan kerana jawatan tersebut tidak penting?

“Atau kerana proksi beliau untuk jawatan tersebut telah confirm boleh menang?..Ini antara soalan-soalan yang berlegar dalam benak fikiran rakyat dan ahli UMNO,” luahan Rosol yang dipetik melalui blognya.

Manakala Timbalan Ketua Umno Marang, Alias Abdullah adalah antara yang paling keras mengkritik larangan Ahmad dengan menyifatkan larangan Ahmad menghalang prinsip demokrasi berperlembagaan.

Beliau dipetik sebagai menuduh Ahmad Said sebagai orang yang ‘double standard’ kerana tidak membenarkan exco menjadi ketua bahagian.

“Kalau alasan seorang exco tidak harus dibenar memegang jawatanparti semata-matauntuk memberi tumpuan kepada tuga kerajaan, bererti beliau sendiri (Ahmad) tidak harus memegang jawatan ketua bahagian dan pengerusi Umno negeri,

“kalau tidak, sudah tentu ada motif lain yang tersirat dalam keputusantidak membenarkanexco menjadi ketua bahagian,” katanya sebagaimana dipetik melalui kiriman sms beliau. - Buletinonline

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese