Ahli Parlimen Rembau itu juga dikaitkan dengan mempengaruhi usaha Abdullah menetapkan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun di beberapa negeri hingga empat buah negeri terlepas dari tangan BN, dan Kelantan terus kekal kepada PAS.
Dalam ulasannya beliau mengakui bahawa berbagai tanggapan negatif terhadap dirinya mempengaruhi kedudukannya untuk berdepan dengan jawatan nombor satu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada Mac tahun depan.
Beliau akan berhadapan dengan ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo dalam pemilihah Ketua Pemuda Umno Mac 2009.
Beliau menegaskan bahawa tanggapan umum itu wujud dan beliau menerimanya, namun beliau berkeras tidak boleh menerima dakwaan tersebut sebagai benar.
"Kalau dia orang tak boleh terima saya dan saya masih boleh terima keputusan mereka�kalau mereka tak nak juga, saya kenalah terima (tanggapan),� katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat Pemuda Umno Rembau semalam dilaporkan mengalami kekecohan sewaktu proses pencalonan bagi ketua Pemuda Umno.
Kekecohan berlaku selepas nama Khairy Jamaluddin yang juga ketua Pemuda bahagian tersebut dicadang dan disokong untuk jawatan tersebut.
Sebaik sahaja nama Khairy dicalon, ada perwakilan yang terus membuat cadangan supaya pencalonan ditutup dan disokong oleh perwakilan lain.
Menurut sumber-sumber, ketika itu ramai perwakilan meluangkan nama 'Khairy' tanda penyokong pencalonannya
Ketika itu, seorang lagi perwakilan berjalan ke arah mikrofon dan meminta supaya dibuka semula pencalonan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama calon-calon mahu dicadangkan.
Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup".
Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengerusi tetap kemudiannya memutuskan pencalonan telah ditutup atas alasan majoriti perwakilan mahu Khairy dicalonkan sebagai ketua Pemuda.
Berikutan itu, Khairy terpilih sebulat suara sebagai calon ketua Pemuda, manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk naib ketua.
Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan. - Hrkh
No comments:
Post a Comment