24 November 2008

Kerajaan abai hak asasi pekerja asing - Malaysiakini

Isu mendera warga asing di kem tahanan, Bukti kerajaan abai hak asasi pekerja asing - Irene

KUALA LUMPUR: Pembebasan Pejuang Hak asasi pekerja Asing, Irene Farnandez oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuktikan terdapat penderaan ke atas warga asing sekali gus membuktikan pihak kerajaan mengabaikan hak asasi manusia sejak sekian lama.

Pembebasan Irene yang telah mengalami beberapa siri pembicaraan terpanjang dalam sejarah hak asasi pekerja asing mengakhiri kes yang berlanjutan selama 13 tahun.

Beliau yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi KeADILan ketika di hubungi Suara Keadilan berkata pembebasan beliau sekurang-kurangnya telah mendedahkan pihak kerajaan yang selama ini tidak membaiki sistem keadilan sejagat berhubung hak-hak pekerja asing.

“Saya berharap pembebasan saya ini akan menjadi tauladan kepada orang lain yang juga memperjuangkan hak-hak asasi manusia supaya berani membuat pendedahan berhubung sistem keadilan dan perundangan negara ini yang tidak menepati etika keadilan sebenar” kata Irene yang juga Pengarah Eksekutif Tenaganita

Beliau yang begitu gembira dengan pembebasan tersebut berkata ” Pembebasan ini merupakan kemenangan kepada hak asasi manusia termasuk seluruh hak pekerja dalam negara dan pekerja asing”

“Saya juga berharap kerajaan akan segera membaiki segala kepincangan yang sedia ada berhubung layanan terhadap pekerja asing sesuai dengan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

” Ini penting supaya imej malaysia berhubung isu layanan terhadap pekerja asing dapat di baiki dan memberi keadilan kepada semua tahanan warga asing” jelas Irene.

Pada 1995 lalu , Irene mendedahkan kepada media berhubung beberapa tindakan kejam pihak kem tahanan pekerja Bangladesh yang di dera dan diberi layanan buruk oleh pihak kerajaan.

Pendedahan tersebut mandapat liputan media seluruh dunia dan memberi imej buruk terhadap kerajaan berhubung layanan terhadap pekerja asing.

Ekoran dari itu kerajaan telah mendakwa beliau di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana didakwa bersalah menerbitkan maklumat palsu yang berniat jahat dan kes tersebut disabitkan dibawah Akta penerbitan dan Mesin cetak 1984.

Selepas dipenjara 12 bulan pada 2003 kes beliau di bawa ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga rentetan pembicaraan tersebut berakhir 24 November lalu. - SK

Malaysiakini :

Irene Fernandez dibebaskan

Irene Fernandez acquitted

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese