24 November 2008

Anwar: Pelaburan di M’sia yang tercorot antara negara Asean - Malaysiakini

Isu pelaburan langsung asing semakin menguncup: Jelaskan kenapa M’sia yang tercorot antara negara Asean - Anwar

Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mahu Kerajaan BN menjelaskan mengapa pelaburan di negara ini semakin berkurangan berbanding dengan negara Asia lain.

Anwar, yang juga Ketua Umum KeADILan berkata Kerajaan dan kementerian terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa kesan kemasukan pelaburan asing di negara ini begitu parah terutamnya di kalangan antara negara Asean.

Beliau berkata, mengikut laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 (UNCTAD) mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah RM38 bilion berbanding kemasukan hanya RM29 bilion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami negatif sebanyak RM9 bilion.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa pada umumnya alasan yang kerap diberikan adalah kerana faktor fenomena global dan semua negara mengalami tekanan ekonomi berikutan krisis ekonomi yang bermual dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun tetapi kerajaan perlu menjawab mengapa kesan di negara ini lebih ketara dari negara Asean lain.

“Satu formula penyelesaian bagi masalah besar ini perlu diambil dan saya sudah kemukakan pandangan supaya menteri terbabit mengambil inisiatif untuk dapatkan konsensus mengenainya.

Saya telah kemukakan usul kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat dan beliau sendiri setuju tetapi memberi alasan ia tidak begitu mendesak dengan alasan soalan itu telah dijawab,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen tengahari ini

Anwar menyatakan bahawa laporan UNCTAD menunjukkan Malaysia berada di tangga keenam dari segi pelaburan asing pengaliran dana ke negara ini pada 1996 lalu.

“Bagaimanapun, kedudukan terbabit merosot ke tangga 60an pada 2006…jadi kalau ini bukan mendesak, apa lagi?” persoalnya lagi.

Menurutnya lagi, di negara-negara Asean ada peningkatan pelaburan lebih 81 peratus iaitu RM116 bilion pada 2006 kepada RM209 bilion pada 2007, tetapi Malaysia hanya mendapat bahagian yang paling kecil iaitu 13 peratus berbanding negara lain.

Kerana itu, katanya kerajaan perlu menjawab mengapa Malaysia lebih parah walaupun alasan yang kerap diberikan adalah fenomena ekonomi global.

Beliau berkata laporan Bank Negara menunjukkan kemerosotan kepada pertumbuhan eksport pada 2007 berbanding purata 12.1 peratus antara 2002 hingga 2006 dan ia bermakna ada pertumbhan kecil sebelum itu tetapi merosot pada tahun lalu.

“Seperti yang diketahui industri barangan elektronil dan elektrikal begitu besar dan sektor pembuatan adalah di sekitar 65 peratus tetapi merosot kepada 42 peratus.

Kalau kita lihat angka itu masih baik pada umumnya kerana di tahun kebelakangan ini pertumbuhan kenaikan eksport komoditi pertanian dan petroleum meningkat 14.8 peratus tetapi dari sudut industri pembuatan ia seharusnya membimbangkan,” katanya lagi.

Anwar berkata, ini jelas menunjukkan ternd ekonomi di negara ini bergerak ke arah penguncupan dan keadaan itu jelas menunjukkan masalah iklim peaburan dan krisis keyakinan di negara ini.

“Kalau dilihat pada laporan Bank Dunia, UBS dan Institute of Financial Finance (IFF) ada beberapa faktor dan alasan yang diberikan mengapa kemasukan FDI (pelaburan asing) terbatas atau terhalang.

Laporan dari badan-badan itu menyebut antaranya kerana dasar ekonomi dan kewangan negara termasuk syarat kawalan dan peraturan dalam sektor perkhidmatan. Di samping itu, mereka juga mengketengahkan masalah berkaitan tenaga mahir dan in sebenarnya ada kaitan dengan fokus latihan yang diberikan oleh universiti, institut vokasional dan teknikal kerana seharusnya tiada ‘mismatch’ di antara keperluan industri pelabur dengan keperluan tumpuan di bidang latihan,” jelasnya lagi.

Beliau menambah, laporan itu juga menyebut isu kos berurusan tinggi yang terpaksa dihadapi pelabur ke negara ini serta ketidak telusan dalam sistem pengagihan kontrak dan menurutnya ia jelas berkait dengan masalah rasuah di semua peringkat .

Menurutnya, kalau dilihat, trend ini ternyata menujukkan ada perpindahan yang dilakukan oleh syarikat yang sedia ada ke negara luar dan syarikat yang baru ke negara jiran. - SK

Malaysiakini : Anwar's motion on economy rejected

Harakahdaily : Usul Anwar bincang isu ekonomi ditolak Speaker Dewan Rakyat

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese