13 November 2008

Karpal dilantik Pengerusi Kaukus kehakiman - Malaysiakini

PARLIMEN - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melantik Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh sebagai Pengerusi kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.

Perlantikan itu diumumkan sebulat suara selepas satu mesyuarat yang diadakan didewan taklimat disini yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut melantik tujuh jawatankuasa kaukus dari pembangkang. Mereka ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Wee Chee Keong (Wangsa Maju), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), M Kulasegaran (Ipoh Barat), Fong Po Kuan (Batu Gajah),Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkala Cepa) dan Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar).

Pada mesyuarat berkenaan juga, Ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat turut bersetuju untuk melantik Timbalan Pengerusi kaukus ini daripada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Semalam, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman akan ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai integriti badan kehakiman di negara ini

Anwar dalam kenyataanya semalam turut menjemput Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional walaubagaimanapun hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang hadir bagi mewakili BN.

Kaukus ini akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti langkah-langkah bagi memulihkan intergriti institusi kehakiman. - SK

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Selesaikan masalah kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman dengan ujudnya kaukus yang dipengerusikan Karpal Singh.

Bagaimana jawatankuasa ini mahu menilai dan membuat penilaian yang adil sedangkan mereka, masing masing mempunyai kecenderungan puak dan juak yang fanatik dengan tafsiran yang telah disetkan.

Kenapa jawatankuasa ini tidak dianggotai oleh individu individu yang betul2 berwibawa dan berkecuali serta berilmu untuk membuat satu penilaian yang lebih adil.

Akhirnya , semua ini dipolitikkan seperti tikus membaiki labu.

Unknown said...

:up: have faith in karpal!

Anonymous said...

Kluangman,

Kalau UMNO yang menerajui kaukus ini pastinya saudara akan memberi komen yang positif. Kewibawaan Karpal dalam bidang perundangan tidak boleh dinafikan. Berilah masa dan peluang sejauh mana keberkesanan kaukus ini.

Orang orang seperti saudara inilah yang sebenarnya PEROSAK NEGARA.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese