IPOH: Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan sesetengah pihak hanya memberi faedah dan memperkayakan segelintir orang Melayu saja di negara ini, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya percaya bahawa Melayu dan Bumiputera mempunyai tempat di negara ini dan mereka tidak boleh dipinggirkan. Kita akan melakukan segala yang mungkin bagi membantu orang Melayu dan Bumiputera bersama-sama dengan orang Cina dan India. "Namun untuk memperkatakan mengenai ketuanan Melayu di mana kita hanya memperkayakan segelintir pihak tetapi sebilangan besar orang Melayu lain terbiar dalam keadaan menyedihkan, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan eksekutif di Bangunan Darul Ridzuan di sini, hari ini. Beliau berkata kenyataan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini bahawa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu perlu dikaji secara teliti oleh semua pihak. Zaid dalam ucapannya pada persidangan LawAsia di Kuala Lumpur minggu lalu, berkata konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Zaid itu sebagai keterlaluan manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid pula mahu Zaid memohon maaf kepada orang Melayu.
themalaysianinsider: Anwar says Ketuanan Melayu only benefits a minority
1 comment:
may be a lot of Malay don't understand why other races so sensitive with 'Ketuanan Melayu' or Malay supremacy.
Everyone has their right to make himself pride with their race but over arouse the spirit become a big concern like Germany in WWII. This no only makes other races feel very uncomfortable and worry on racial extremist, esp Malaysia consist of 60% Malay. Same thing happens to religion, too. May be as a Malay or Muslim they might feel nothing wrong, but if u stand on other race's shoe, the anxiety is understandable.
Besides, this also makes other races feel we are second grade citizen. Supremacy happened during world war 2 in Japan and her colonies. We are back to 1940s.
Post a Comment