KUALA LUMPUR : Akhbar laman web, Malaysiainsider.com hari ini mempertikaikan ke manakah sebenarnya wang pinjaman sebanyak RM5 bilion dari KWSP untuk Valuecap Sdn Bhd akan pergi selepas ini.
Ini kerana, pada bulan Februari 2009 tahun depan, Valuecap sepatutnya membayar balik RM5.1 bilion pinjaman modal yang diperolehinya sebelum ini.
Wang itu dipinjam oleh Valuecap dari Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen and Permodalan Nasional Bhd pada Mac 2003 dalam bentuk modal untuk dilaburkan dalam pasaran saham.
Pinjaman dibuat dalam bentuk bond tanpa faedah.
Menurut laman web itu, mereka menerima dokumen yang menyebut, Valuecap perlu membayar bond-bond pinjamannya itu pada tahun 2006 tetapi syarikat itu telah diberikan tempoh tiga tahun lagi untuk membayarnya iaitu ke tahun 2009.
Setiap pemegang saham itu memberikan RM1.7 bilion dalam bentuk bond tanpa faedah dan perlu dibayar balik pada tahun 2006 itu.
Kini timbul persoalan, apakah pinjaman baru RM5 bilion wang simpanan rakyat dari KWSP itu juga akan mengalami nasib yang sama.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak RM5 bilion wang KWSP kepada Valuecap untuk dilaburkan ke dalam pasaran saham bagi mengawalnya agar tidak terus merudum.
Menteri Kewangan Kedua, Nur Muhamad Yaakub pula berkata, pinjaman itu akan menguntungkan KWSP kerana saham-saham sekarang berada di bawah paras nilai sebenar mereka.
Namun, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhujjah, tindakan melaburkan wang dalam pasaran saham sekarang umpama "memasukkan barang ke dalam telaga buruk" atau "memasukkan garam ke dalam laut" yang tidak akan memberikan sebarang kesan dan pulangan.
"Valuecap tidak akan terlebih baik dari Jawatankuasa Pelaburan yang ada di KSWP dalam hal mengendalikan pelaburan di pasaran saham," tulis seorang pelawat dalam akhbar laman web itu mengulas berita ini. - Siasah
2 comments:
I think Najib not know what is share and economy. Up to Sept 2008 KLSE total market capitalization is RM 770 billion but Jan 08 we have RM 1057 billion. Almost RM 300 billion turn to be ash, so RM 5 billion can do any thing?
Why is it everytime the profits are privatised and the losses socialised?
This is umno economics. ok if government wants to borrow from KWSP, CAN THEY PUT UP THEIR BUILDINGS AS CO-OLLATERAL, or for that matter can they guranttee a return of interest of 10-15% for this loan, everyone is talking about the loan, but if it turns to bad debt, like usual the pekerja tanggung. WHY NOT BORROW THE MONEY FROM UMNO, ISN'T IT FILTHY RICH.'NOW ANOTHER qestion arisses, UMNO has all these buildings, who paid for them assetts, was it from federal govt or was it from UMNO FUNDS, IF FROM UMNO FUNDS, CAN THEY SHOW JOE PUBLIC FROM WHERE THEIR MONEY COMES FROM, don't be too surprised all their money comes from al this eurocopter, sukhoi, scorpene tanks, scorpene submarine jacked up prices. you may ask what scorpene tanks, have you forgotten the tanks with no spare parts which are parked, tak bolih pakai in pekan at the junk yard. Can someone bring this up now pakatan is in govt. this was highlighted last year or the year before by nst.
Post a Comment