19 October 2008

Zaman Pak Lah berlaku banyak pencabulan demokrasi - Malaysiakini

Sekiranya dalam tempoh lima bulan sebelum peralihan kuasa, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha untuk mengkaji semula ISA, gelaran ‘Bapa Demokrasi Moden’ yang dicadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon kepadanya mungkin boleh dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, berkata, ketika zaman pentadbiran beliaulah banyak berlaku pencabulan demokrasi seperti tindakan terhadap para blogger, penahanan wartawan Sin Chew Daily di bawah ISA, serta tiada pemulihan dalam SPR. Macamana mahu iktiraf beliau sebagai bapa demokrasi?

Walaupun ada ketika beliau menunjukkan seolah-olah mengamalkan demokrasi seperti memberi permit dua kali seminggu kepada Harakah dan permit kepada Suara Keadilan, Dr Hatta berkata tindakan itu tidak menunjukkan bahawa beliau seorang yang mengamalkan demokrasi tulen.

Katanya, pemberian permit tersebut bukan lambang demokrasi tulen, tetapi ia lebih kepada hak yang sewajarnya diterima kedua-dua akhbar rasmi pembangkang itu.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, PAS tidak keberatan mempertimbangkan gelaran tersebut kepada Abdullah jika beliau membuat perubahan tertentu yang lebih demokrasi, di penghujung khidmat beliau sebagai PM. - mppas

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese