Agak menyedihkan bagi seorang Perdana Menteri yang akan menghabiskan sisa-sisa perkhidmatannya pada Mac 2009 kerana masih lagi gagal untuk memahami dan memenuhi kehendak rakyat supaya badan penting seperti Badan Kehakiman ini ‘dibersihkan’ tanpa sebarang keraguan. Umum mengetahui bahawa sebelum Tan Sri Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau merupakan seorang tokoh korporat yang rapat dengan Parti Umno malah mengetuai salahsatu jawatankuasa di bawah parti berkenaan.
Tanpa menafikan ‘kebolehan’ Tan Sri Zaki Tun Azmi untuk mengisi jawatan Ketua Hakim Negara tersebut, Perdana Menteri, sebagaimana janji-janjinya sejak tahun 2003 sehingga ke hari ini sepatutnya mengambil langkah berani dengan memperbetulkan semula institusi kehakiman dengan tidak mencalonkan Tan Sri Zaki Tun Azmi memandangkan terdapat lebih ramai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lebih layak untuk mengisi jawatan nombor satu kehakiman tersebut.
Perlantikan terbaru ini adalah merupakan kegagalan terbaru Perdana Menteri untuk melakukan reformasi menyeluruh sistem kehakiman. Saya yakin ada benarnya telahan rakyat bahawa keazaman dan janji Perdana Menteri untuk menubuhkan 3 suruhanjaya di dalam tempoh 5 bulan pemerintahan beliau adalah merupakan retorik politik semata-mata.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
3 comments:
Ini bukan kegagalan Perdana Menteri sahaja - ianya juga menunjukkan bahawa Raja-Raja juga tidak mengindahkan keluhan dan rayuan rakyat. Sedih, Raja-Raja Melayu hanya tahu bersandiwara.
Tak perlu lagi rakyat menyalak bukit. Lebih baik cari makan sendiri dan sara keluarga sebolehnya. 2x5, 5x2. Rakyat bising-bising pun bukan ada makna. Lantaklah!
Aku nak didik anak-anak dan cucu-cucu aku supaya bijak dalam pelajaran dan tinggalkan negara ini. Itu lebih baik. Bila aku mampus nanti aku akan lihat dari atas, usaha aku ini dilaksanakan mereka.
Post a Comment