
2. Bagi UMNO empat tahun akan datang ini amat penting. Sesiapa juga yang menjadi Presiden parti, jika gagal memulih parti, bermakna bahawa masanya telah tamat bagi parti yang tertua di antara parti yang memperjuangkan kemerdekaan sesebuah negara. Jika ini terjadi maka kepimpinan UMNO yang akan datang ini akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada parti politik yang pada satu masa dulu amat berkuasa dan terkenal.
3. UMNO telah menggunapakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa. - Che Det
No comments:
Post a Comment