Tambahnya, program rumah terbuka Aidilfitri anjuran DAP ini juga mencerminkan keterbukaan serta semangat perpaduan yang wajar dicontohi terutamanya oleh parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC.
"Saya yakin program ini antara acara yang digeruni oleh parti-parti komponen BN iaitu MCA dan MIC yang tidak mengambil inisiatif melaksanakannya," katanya ketika ditemui Harakahdaily pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Parti Demokratik Rakyat (DAP) di Stadium Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, hari ini.
Beliau yang juga merupakan Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada masyarakat India yang kurang berkemampuan di Kelantan menjelang perayaan Deepavali pada 28 Oktober akan datang.
"Ia merupakan inisiatif bagi mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
"Ini membuktikan bahawa mesej Pakatan rakyat adalah selari dengan titah Majlis Raja-raja supaya menjunjung perpaduan serta mengelakkan politik perkauman," ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau menempelak tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan cerpen berunsurkan perkauman.
"Hari ini media utama seperti Utusan Melayu sedang menyalakan unggun api dengan menyusun kayu api bagi membakar api perkauman," katanya lagi.
Untuk itu ujarnya, PAS sebagai sebuah gerakan Islam mesti membanteras usaha-usaha seperti ini berlandaskan kepada kasih sayang dan hormat-menghormati seperti mana yang dianjurkan oleh Islam.
"Jika ada kesilapan daripada mana-mana pihak, ianya perlu dibuat teguran dan bukan dengan berbunuhan secara terbuka seperti yang terdapat di dalam cerpen tersebut.
"Sikap ekstrim tanpa asas hendaklah ditolak oleh rakyat Malaysia," ujarnya lagi.
Pimpinan DAP iaitu Pengerusinya, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng meraikan kira-kira 500 jemputan yang hadir.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr Shafie Abu Bakar serta Adun-adun DAP Selangor dan Wilayah Persekutuan juga hadir ke majlis terbabit.
1 comment:
Bila dengar ucapan YB Husam itu, sejuklah hati saya; tapi sekejap aje - bila teringatkan PAS Terengganu dan orang2 seperti Mustafa Ali yang juga terikut-ikut dengan falsafah ketuanan melayu umno (tapi gunakan istilah "demi islam")- mulalah naik darah balik! Saya harap YB Husam dan Tuan Guru Nik Aziz dapat membendung atau mengkikis habis unsur2 assabiyah dalam PAS.Ust Nasa sila ambil perhatian; Jangan ikut Cikgu Pa itu.
Post a Comment