Mahathir boleh berbangga, bahawa desakan yang dibuat oleh orang-orangnya menyebabkan Pak Lah terpaksa mengundur diri. Lantaran itulah beliau secara terang-terangan menyatakan sokongan dan mengatur kepimpinan negara pada masa akan datang. Disampin itu juga beliau turut menrencanakan kemenangan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda serta bersedia mengambil langkah untuk "mengusir orang-orang" Pak Lah dalam pemilihan parti itu Mac depan. Tindakan Mahathir ini cukup mengecewakan Pak Lah. Beliau secara lantang membidas bekas Perdana Menteri itu yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”. Tambah beliau lagi “Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan? “Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya.
Petanda Awal Mahathir Menteri Kanan Pertama
Kecaman ini jelas sekali membuktikan bahawa Pak Lah sudah tidak tahan dengan kerenah mantan PM itu. Bagi kita, apa yang dilakukan oleh Mahathir ternyata merupakan satu petanda awal bahawa beliau bakal dilantik sebagai "Penasihat Perdana Menteri" atau "Menteri Kanan" negara yang pertama pabila Najib mengambil alih kuasa nanti. Mungkin inilah perjanjiannya yang menyebabkan Mahathir nampak beriya-iya benar membuat percaturan kepimpinan negara pada masa hadapan. Malahan, lebih aneh lagi orang Pak Lah iaitu Muhyiddin Yassin juga kemungkinan sudah bersekongkol dengan mantan PM itu. Lantaran itulah Mahathir menyatakan bahawa Najib dan Muhyiddin adalah gandingan yang paling mantap sekali. Ini menyebabkan calon-calon lain yang mengidang jawatan Timbalan Presiden UMNO akhirnya terpaksa akur dan ada yang sudah menarik diri seperti Zahid Hamidi. Sementara itu menurut Pak Lah, beliau juga ada mendengar desakan daripada pihak tertentu agar calon Timbalan Presiden, Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) dinasihatkan menarik diri.
“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?. “Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya ketika ditemubual oleh media arus perdana. Nampak benar, Mahathir sudah membuat percaturan yang cukup licik untuk memastikan legasinya kembali menguasai kerajaan selepas ini. Selama 5 tahun beliau menderita, dipinggirkan, dihina dan akhirnya terpaksa keluar dari UMNO. Bahkan Mahathir pernah disembur dengan cecair pemedih mata ketika lawatannya ke Kelantan suatu ketika dulu. Dan kini, beliau kembali boleh menarik nafas lega melihat senario yang berlaku.
Bahkan anaknya Mukhriz kini begitu jauh meninggalkan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac ini. Apakah Mahathir akan bangkit semula, dan menenggelamkan legasi Pak Lah-Khairy selepas ini. Sementara itu Pak Lah juga dikatakan kecewa apabila Naib Presiden UMNO Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan. “Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura. “Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya. Isyarat ini menunjukkan Pak Lah sudah tidak yakin lagi dengan kesetiaan Muhyiddin kepadanya. Maka itu apakah tindakan Pak Lah sekarang?. Apakah agenda "Kegagalan Najib Menjadi Perdana Menteri" seperti yang kami gambarkan bakal terlaksana?.
Apakah Pak Lah Bakal Sertai Pakatan Rakyat
Mungkin atas desakan, Pak Lah akan melakukan apa sahaja. Melihat kedudukannya itu dan juga pengaruh Khairy yang sudah semakin terpinggir dikalangan pemuda , sudah pasti Pak Lah akan bertindak. Jika tidak beliau sudah pasti akan ditertawakan oleh Mahathir suatu hari nanti. Jika 5 tahun Mahathir terhina dan dipinggirkan, mungkin Pak Lah akan lebih lama dari itu. Tambahan pula Mukhriz, anak Mahathir dijangkan lebih berpeluang menjadi nombor satu selepas ini daripada Khairy. Jika ini berlaku, Pak Lah pasti akan lebih lelah dibuatnya. Maka mahu tidak mahu, jalan terbaik ialah Pak Lah berkompromi dengan Pakatan Rakyat bagi menggagalkan usaha "Team Mahathir" itu.
Mungkinkah Pak Lah bersedia untuk bersama Anwar membentuk kerajaan perpaduan seperti yang diperkatakan oleh Ku Li baru-baru ini. Jika ini berlaku, pasti Ku Li juga akan bersama Pak Lah sertai Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Perpaduan. Maka Mahathir-Najib pula yang akan "kempunan". Apapun, sama-samalah kita berdoa agar mereka ini akan dibukakan hati dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT agar kembali ke pangkal jalan. Sejarah tercipta bahawa Pak Lah sebenarnya adalah anak salah seorang ulamak terkenal di negara kita bahkan dirantau ini. Justeru itu rakyat tidak hairan jika Pak Lah tiba-tiba memakai serban dan menyertai perjuangan PAS dalam usaha menegakkan syiar Islam yang diperjuangankan oleh nenek moyangnya dulu. Status sebagai "Cucu Ulamak" tersohor bakal memungkinkan ke arah itu.
Siapa tidak kenal Syeikh Abdulllah Fahim seorang ulamak yang begitu pakar dalam ilmu Falak. Di antara anak Syeikh Abdullah Fahim ialah Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau adalah seorang alim yang bertanggungjawab menangani sekolah agama yang didirikan oleh ayahnya. Di antara anak Datuk Haji Ahmad Badawi pula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Pak Lah yang secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 31 Oktober 2003 Masihi bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah. (Baca tentang Syeikh Abdullah Fahim disini). Berlinangan airmata tatkala membaca sejarah keturunan Pak Lah ini. Maka itu semoga beliau diberikan taufik dan hidayah untuk melihat kebenaran dan tidak dibutakan hati lagi dengan hanya untuk melihat kekuasan sebagai matlamat perjuangannya.
Pak Lah Harus Berjasa Lagi Pada Anwar
Maka sebagai jalan penyelamatnya, Pak Lah harus sekali lagi memohon ampun kepada arwah bondanya, agar beliau sedar dengan apa yang berlaku hari ini. Kuasa tidak akan dibawa kemana-mana. Ketika berkuasa orang akan hormat kita, namun bila sudah jatuh pastu orang akan terajang kita. Senario yang berlaku kepada Pak Lah kini lebih hebat. Belum pun masanya beliau meninggalkan tampuk pemerintahan negara, ramai pemimpin UMNO sudah berani memperlekeh, menghina dan membuli dirinya. Maka itu beliau harus sedar dengan apa yang berlaku. Pilihan kini berada ditangan Pak Lah. Apakah beliau mahu Najib berkuasa dan Mahathir menghinanya nanti atau beri laluan kepada Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru. Pak Lah boleh memperkenankan supaya dibuat usul khas "undi tidak percaya kepada Perdana Menteri". Maka tatkala itu barulah kita tahu apa yang bakal terjadi. Jika benar kata Anwar lebih dari 30 ahli parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat, maka kuasa akan bertukar sebelum peralihan kuasa Mac ini.
Pak Lah masih ada masa untuk membuat perhitungan ini. Jika beliau lakukannya maka sudah pasti rakyat akan menyanjunginya hingga akhir hayat. Apakah Pak Lah mahu terhina seperti apa yang Mahathir laluan sejak 5 tahu n lalu. Harus diingat, jika Najib menjadi PM dan Mahathir sebagai penasihatnya. Maka sudah pastilah Pak Lah akan diperkotak-katikkannya. Justeru itu Pak Lah diseru berjasa sekali lagi pada Anwar tatkala persidangan parlimen masih berjalan sekarang ini. Dengan undi tidak percaya sahaja negara akan selamat dari pimpinan "PM yang dicurigai rakyat". Jika dulu Pak Lah "membebaskan" Anwar bila beliau tidak masuk campur dengan kes rayuan Anwar di mahkamah. Maka sekarang, beliau harus berjasa sekali lagi untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Apakah Pak Lah akan berkompromi dengan "orang kampung"nya atau dengan Najib anak Tun Razak. Nantikan episod seterusnya adengan ini.
1 comment:
Dear Thinking of life
ASSALAMUALAIKUM
Sesungguhnya Allah menentukan segalanya, manusia boleh merancang!
Saya baca blok chedet tentang pimilihan UMNO dan nyata dia yang merancang segala-galanya. Dia masih ingin mencaturkan 'orang-orangnya' bersama Najib!....contohnya Rais Yatim, pengkhianat kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam S46 lalu. Juga sama yang 'memain' KU Li dalam S46 adalah Ibrahim Ali.
Memang Ulamak mendepani orang-orang Melayu beratus tahun melawan kuasa luar di bumi bertuah ini. Bukan di Malaysia saja, namun di Nusantara ini!. Tanpa ulamak, hancur akidah umat Melayu! Maka sehingga kini apabila peranan ulamak dikekang oleh UMNO dan 'pemain politik' Melayu, maka lihat sajalah nilai akidah generasi muda Melayu kini.
Pak Lah boleh terus berpolitik, merancang apa pun. Begitu juga Mahathir, Najib, Muhyiddin, Hisham, Rais, Shafie, Zahid, Mukriz, Khairy, dll. Juga Mustafa Ali, Ibrahim Ali, Mat Ezam dan ramai lagilah orang-orang yang bangga memanggil diri mereka orang politik. Bung Mokhtar, Puad Zarkashi, .....
Mereka-mereka ini petah bercakap sehingga apa yang dia cakap 1 jam lalu dia boleh ubah sekelip mata. Maka adakah orang Melayu perlukan mereka-mereka ini?. Adakah Pak Lah yang berdatuk dan berbapa ulamak dan alimin ingin turut sama, tak habis-habis, 'BERMAIN POLITIK'?.
Bagi saya, orang Melayu harus berhenti sokong orang-orang Melayu yang banyak sangat 'main politik' ni. Kalau hidup ini nak sangat 'main politik', apakah yang boleh kita harapkan dari mereka menjaga hak kita, bangsa dan agama kita?. Negara macam mana?. Nak dibiarkan hancur?
Pak Lah harus memohon maaf kepada semua rakyat di atas 'ketelanjuran' sewaktu memerintah sekarang. Duduk berbincanglah dengan mereka-mereka yang masih sayang kepada agama, bangsa dan negaranya. Berhentilah 'main politik' seperti Tun M tu kerana sehingga kini dia tidak mengakui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sejak memerintah selama 22 tahun. Maka sibuklah hidup nya sehingga sisa-sisa umurnya 'mengatur orang bawahannya' agar dosanya tak terbongkar?. Adakah Pak Lah juga nak menghabiskan sisa umur seperti Dr M ini?. Kesian kita lihat Dr M ini. Bilalah dia nak sedar?. Bertaubat dan meminta maaf keatas ketelanjuran dia sewaktu berkuasa?
Saya merayu agar kesemua 'orang politik' berbangsa Melayu duduk semeja, berunding dan selamatkanlah Negara ini, selamatkanlah Raja-Raja kita, selamatkanlah Agama Islam (akidah kita!), selamatkanlah bangsa mulia ini (sejarah menyatakan bahawa umat Melayu Nusantara ini adalah pemegang amanah agama Islam paling patuh dan ikhlas!). Selamat akidah, akan selamat bangsa dan juga bangsa-bangsa lain yang turut hidup bernaung di bawah kepimpinan bangsa Melayu ini beratus tahun lamanya. Tak payahlah nak memain api bangsa, agama macam 'budak-budak yang main politik' tu!
Bangunlah bangsa ku...kita masih ada pewaris ulamak, alimin, wali-wali hingga kini yang boleh memimpin umat manusia ini....
Pak Lah, kamu adalah yang memegang kunci kepada langkah seterusnya. Jika kamu 'main politik', maka hancurlah bangsa dan agama ini. Jika kamu berpatah semula ke asal usul kamu, maka selamatlah negara, agama dan bangsa ini.
Bagi yang sepanjang hidup 'bermain politik' bertaubat jugalah. Tun M, takutlah Allah!...berhentilah!....Jika Tun berhenti, maka yang lain juga akan turut sama berhenti. Tolonglah....cukuplah....
Ini sajalah, bagi saya yang tidak ada apa-apa kuasa ni memohon kepada semua 'orang-orang politik Melayu!...
Sejarah umat Melayu yang hebat janganlah digadai!
Ikhlas
The Mind
Post a Comment