Dalam sebuah cerpen yang bertajuk “Politik Baru YBJ” tulisan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia minggu lepas mengisahkan mengenai perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine untuk menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.
Cerpen tersebut mengambarkan Josephine sebagai pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh Parti Orang Melayu (POM). Akhirnya beliau ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali atas sebab beliau “adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini”.
Pakatan Rakyat melihat cerpen yang bersifat “character assassination” ini secara jelas ditujukan kepada Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok yang ditahan dibawah ISA baru-baru ini.
Cerpen yang disiarkan di dalam akhbar milikan Umno tersebut adalah usaha berterusan Umno untuk menjadikan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum.
Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak bulan Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang bias dan sering mempermainkan isu perkauman. Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen. Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan.
Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kebebasan untuk berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Kami dengan ini mendesak agar Utusan Malaysia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen yang membuat provokasi berbaur perkauman. Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini..
Kenyataan bersama dikeluarkan Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) dan Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP)
20 Oktober 2008
2 comments:
boikot utusan perlu diteruskan lagi... kalau boleh dengan lebih agresif, buat lencana, sticker etc...
sesetengah pihak mempertahankan cerpen ini atas nama kebebasan berkarya. kalau ikut logik yang sama, tak perlulah kita marah-marah dengan novel satanic verses oleh salman rushdie, kartun/filem menghina Nabi Muhammad di Denmark?? mereka cuma mempraktikkan kebebasan berkarya?!
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
Fiction in any language is still fiction .Why do you take fiction so seriously?.Unless this a prelude Harry Potter local.
People wan to write fiction, up to them lar.At least they are not suffering from writers block/blog.
Sum pple write.sum pple eat and watch TV.Sum pple drink Tiger or ginees.Mos of the time UM are literary and raising the language stds(hope tey did right) fiction and they devote page after page towards short stories,literature, language,linguistics and book reviews,literary awards.
Fiction permit fantasising.If pple dnt like fiction,buy other verbacular papers who like to publish gory and bloody accident papers and lantern festival.Let find out whether the courts determine fiction or parody or sumething.I seriously doubt most non english bloggers care a sen it is violence.We ar pieaceful country.Some engleish spikking readers of ustusan is organisinh a hartal..shades of '68 pinang.This wan is pieceful.?
We are known fr lackadaisy,apathyy,last minute,complacent,non competitive... Now we got merdeka football on soon.Foods cheap, weather bit wet and floody,petrol getting cheaper,Satria neo getting cheaper,mobile phone,2 miilion visistors are coming,plenty of skin to oogle,kway chee girls,dragon women selling tiger beer or tea.
man..the point is please dont persuade people to take fiction for violenece.No violence in semanjung,only have candles- in ,bersih demos, and sori ,there is this RAF things .
Mah Ngah Tong.
Post a Comment