13 October 2008

SIAPA PENGKHIANAT EKONOMI NEGARA ? - Malaysiakini

Saya sempat mencelah petang ini ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang rancak membahaskan Bajet 2009. Penjelasan yang saya pohon tertumpu kepada tuduhan jahat segelintir pemimpin UMNO yang melabelkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara ekoran ekonomi negara yang semakin lesu dan lembab. Dato' Seri Anwar pantas bangun dan menerangkan punca ekonomi negara terus merudum.

Siapakah yang menjahanamkan dan memusnahkan ekonomi negara ? Perasuah dan pemimpin elit UMNO !

Dato' Seri Anwar terus menyerang Najib Tun Razak yang didakwa terlalu asyik meluluskan projek-projek mega dan berhempas pulas untuk menjamin kelangsungan kuasa dalam UMNO tetapi tidak ada masa untuk tumpu kepada krisis kewangan dan kemelut ekonomi negara. Projek yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang ialah pembelian helikopter dari Eurocopter, pembelian BII oleh Maybank dengan harga yang terlalu tinggi dan penganugerahan kontrak broadband tanpa tender terbuka. Kesemuanya diluluskan oleh Najib.

Malaysia juga terus tewas dalam persaingan dengan negara-negara jiran khususnya Singapura, Taiwan dan Korea Selatan untuk mengamit FDI.

Azmin Ali

1 comment:

Anonymous said...

Cikgu Pa tentu tak setuju dengan jawapan Anwar ni ! Sudah tentu puak2 PAS Terengganu akan salahkan Pakatan kerana menimbulkan kucar-kacil di Malaysia ni. Ust Nasha apa pula pendapat?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese