Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri.
Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu.
Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.
Syahbuddin ketika ditemui pemberita berkata, antara kesalahan yang dikesan berlaku antaranya pembatalan mesyuarat tanpa sebarang alasan dan mesyuarat disahkan walau pun hanya dihadiri dua orang ahli.
"Pencalonan saya pula dibatalkan tanpa sebab yang munasabah sebaliknya hanya kerana kesilapan taknikal yang tidak dimaklumkan, sedangkan saya telah melepasi kelayakan bertanding setelah mendapat 23 pencalonan cawangan," katanya.
Menurutnya sebanyak empat tuntutan dibuat bersama penyokongnya, iaitu pemantau diminta berjanji akan menyiasat serta mengambil tindakan terhadap semua aduan pemuda bahagian Kubang Kerian.
Selain itu jawapan bertulis terhadap semua aduan juga harus dibuat di samping mengenakan tindakan disiplin terhadap seorang pemantau, Amir Seman.
Oleh itu beliau mahu mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Kubang Kerian ditangguhkan sehingga semua bantahan diselesaikan.
Menurutnya juga Amir Seman merupakan Setiausaha Belia 4B negeri, manakala Anuar Safian pula Ketua Pemuda Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Belia 4B Negeri.
"Pada mulanya kami tidak menyedari perkara ini, tetapi apabila membuat siasatan berhubung pencalonan barulah kami menyedarinya ia hanya dibuat secara sambil lewa," ujarnya.
Beliau juga akan bertemu dengan Pengerusi Jawatankusa Pemilih untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
Beliau juga mendakwa siasatan semula yang dipohon tidak pernah dibuat, bahkan pengadu juga tidak pernah dipanggil untuk menyelesaikan perkara itu.
Beliau berharap Badan Perhubungan Umno Negeri mengambil tindakan berhubung perkara itu secara serius bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Menurutnya, sekiranya perkara itu tidak dibendung dibimbangi ia akan meninggalkan kesan yang buruk khususnya di kalangan pemuda.
"Keputusan yang dibuat itu seolah-olah menggambarkan Perhubungan Umno Negeri dikongkong individu tertentu," katanya.
Katanya, surat aduan juga telah dihantar kepada Setiausaha Agung Umno dan Badan Disiplin Umno untuk diambil tindakan.
No comments:
Post a Comment