Ahli Parlimen Batu Pahat disifatkan sasau apabila menuduh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim pernah mempertahankan ISA dan menganggap akta itu baik dan patut dilaksanakan sewaktu beliau dalam kerajaan.
Fuad Zarkashi yang mendakwa Anwar dalam satu forum di Arizona bersama Ustaz Abdul Hadi ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan mempertahankan ISA telah disanggah oleh Anwar di Parlimen sebentar tadi.
Anwar yang berucap panjang membahaskan belanjawan menegaskan beliau tidak pernah sama sekali mempeertahankan akta tersebut sebaliknya hanya pernah meminta akta tersebut diperbaiki.
Beliau turut menyindir Fuad yang dahulunya penyokong PAS tetapi beralih arah kepada Umno kerana kebendaan.
"Dulu daripada jauh lagi dia nak cium tangan Ustaz Hadi, sekarang kerana harta dan pangkat Ustaz Hadi pun tah kemana', ujar Anwar disambut sorokan dari penyokong Pakatan Rakyat.
Anwar yang masuk kembali ke Parlimen selepas sepuluh tahun dinafikan, akan menyambung perbahasannya jam 10 pagi esok.
No comments:
Post a Comment