29 October 2008

Selepas KWSP ! Tabung Haji akan dipaksa Melabur di Pasaran Saham? - Malaysiakini

Kita telah mendengar sebelum ini bagaimana Kerajaan menggunakan wang KWSP untuk dileburkan di Bursa Saham, kini desas desus bertiup kencang Tabung Haji akan sekali lagi menjadi Mangsa kerakusan pemimpin BN. Tabung Haji Mempunyai rekod membeli saham saham bukan syariah dan berkaitan judi dan akhirnya terpaksa dijual dalam keadaan rugi.

Tabung haji juga pernah dipaksa membeli kawasan sawit yang luas meliputi kawasan wilayah Indonesian dan pada asalnya rugi, tetapi di senarai awamkan apabila pelaburan tersebut mengalami keuntungan berganda selepas kenaikan harga komiditi sawit tersebut, dan ia disenarai awam atas nama TH Plantation yang membuatkan pendeposit tabung Haji hilang hak dan keuntungan sebenar dari kenaikan harga komiditi.

Selain itu Tabung Haji juga terlibat dengan pelaburan matawang asing(Forex) yang menyebabkan kerugian RM 200juta duit pendeposit, dan yang terkini Tabung haji membeli ekuiti Silverbird yang mempunyai kepentingan terhadap pembuat roti kontroversi HIGH 5 dengan pembelian RM 300juta. Sedangkan dengan nilai RM 300juta banyak pengusaha roti Islam dan pengusaha makanan orang Islam boleh dibantu tetapi Tabung Haji dipaksa melaburkan wang ummat Islam bagi menyelamatkan tauke tauke Cina.

Kalau Syarikat Ummat Islam dengan hasil suci duit Ummat Islam boleh digunakan untuk membeli dan membantu syarikat Bukan Islam dan digunakan untuk pelaburan Forex yang diharamkan, apakah Kerajaan Umno Hadhari ini bertanggungjawab?

Ini Berita Terbaru bagaimana sudah ada suara mahu pertubuhan dan Majlis Islam membeli saham saham Syariah yang dibawah nilai, tidak dinafikan pelaburan pada ketika dibawah nilai adalah satu pelaburan yang baik, tetapi apakah orang Islam didalam pertubuhan ini tahu selok belok pelaburan?

Tidakkah nanti dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk dilaburkan seperti wang KWSP kepada ValueCap? ketika itu mereka hanya membeli saham saham untuk kepentingan Syarikat dan portfolio pelaburan mereka, akhirnya duit ummat Islam yang dihanguskan.adalah lebih baik Tabung Haji atau mana mana institusi Islam memikirkan bagaimana mereka boleh menyediakan Kompleks Perniagaan seperi yang dibuat PKNK(Perbandanan Kerajaan Negeri Kelantan) yang mendirikan tempat perniagaan usahawan melayu ditengah Ibu Kota dengan nama KB MALL yang telah mendapat pengiktirafan pasaraya terbaik yang jualannya mengatasi KLCC?

Tidakkan ini satu contoh yang baik bagi perbadanan Ekonomi di Negeri negeri Pakatan memikirkannya? jangan ada pemimpin negeri Pakatan masih terikat dengan cara pemimpin Umno untuk menguruskan anak Syarikat mereka, malah adalah lebih baik tabung haji dan badan badan ekonomi Islam yang lain juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan soal “Pinjaman Along”?

Pernahkah kita dengar nama Mohd Yunus dari Bangadesh yang memiliki Bank Grameen yang menyediakan pinjaman Mikro sehinggakan anda mampu membeli 2 ekor kambing dengan meminjam di Bank. Model perbankkan Yunus inilah telah membuatkan dia dianugerahkan hadiah Nobel. tetapi ramai dikalangan pemimpin Pakatan tidak mengambil sikap ” Merakyatkan Ekonomi” tetapi masih memilih kaedah pelaburan bercitarasa tinggi ala UMNO.

Ok kita akan sambung cerita merakyatkan ekonomi dilain masa, dan ini adalah petikan dari Utusan bagaimana mereka menyaran dana Ummat Islam dilaburkan dipasaran saham.

Lawan tetap Lawan

reformis muda

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese