Mesyuarat tersebut akan berlangsung selama dua hari dipengerusikan oelh Dato’ Seri Azmi bin Khalid (BN – UMNO Padang Besar).
Menurut sumber, mesyuarat hari ini adalah berkaitan dengan perkara-perkara teknikal yang dibentangkan oleh Kementerian Pertahanan.
Manakala esok ia dijangka menyentuh aspek kewangan yang melibatkan Kementerian Kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu mengumumkan penangguhan tersebut semalam berkata, PAC diberi peluang untuk memperhalusi mengenai perkara yang berkaitan dengan cadangan pembelian 12 buah Eurocopter EC-725.
“Yang itu (mesyuarat PAC) telah diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu supaya PAC diberi peluang untuk menghalusi mengenai perkara berkaitan cadangan untuk membeli helikopter ini.
“Ini pun ada juga baiknya. Biarlah mereka tahu apakah prosedur yang telah kita gunakan… mengapakah begitu tinggi (harganya)… apa sebab-sebabnya,” katanya.
Semalam, kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian 12 Eurocopter EC-725, yang diumumkan awal bulan lalu bagi menggantikan Nuri, ekoran kesan krisis kewangan yang dihadapi negara.
Ia dikatakan tiada kaitan dengan pertikaian yang dibangkitkan oleh pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
Bagaiamanapun pihak pembangkang mendakwa, tindakan kerajaan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tekanan pihak pembangkang yang meminta kerajaan mengkaji semula pembelian 12 Eurocopter.
Mesyuarat PAC hari turut diwakili oleh wakil pembangkang Dr. Tan Seng Giaw (DAP Kepong) selaku Naib Pengerusi, Kamarul Baharin bin Abbas (PKR Teluk Kemang), William Leong Jee Keen (PKR Selayang), Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar (PAS Tumpat) dan Tony Pua Kiam Wee (DAP Petaling Jaya Utara)
Ahli-Ahli lain dari BN ialah Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (BN-UMNO Pulai), Tan Ah Eng )BN-MCA Gelang Patah), Ir. Haji Hamim bin Samuri (BN-Umno Ledang), Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred
(BN-UPKO Tuaran), Liang Teck Meng (BN-GERAKAN Simpang Renggam), Alexander Nanta Linggi (BN-PRS Kapit), Lee Chee Leong (BN-MCA Kampar), dan Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Dahlan (BN-Umno Kota Belud).
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan diteruskan hari ini walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rancangan pembelian Eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.
“Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek yang lain. - mppas
No comments:
Post a Comment