Tetapi kerajaan negeri Selangor perlu bertindak bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak-anak syarikat negeri (GLC) menebus kesilapan mereka yg lalu.
Diakui ramai yg telah bekerja dgn baik dan telah menjadi mangsa keadaan tetapi ada yg telah memainkan peranan besar di dlm penyelewengan yg telah berlaku. Saya bimbang mereka akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yg akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat.
Sebagai Exco yg menjaga perumahan, perancangan telah dibuat utk GLC-GLC seperti PKNS membantu menyelesaikan masalah rakyat. Jika peneraju GLC masih mereka yg pernah terlibat dgn penyelewengan yg lampau, saya yakin perancangan membantu rakyat akan gagal. Dan jika ini berlaku, bukan GLC akan disalahkan tetapi EXCO dan kerajaan.
Kerajaan Pakatan Rakyat ada 3 atau 4 tahun utk membuktikan kemampuan, tidak ada masa utk sebarang kesilapan. - Iskandar Abdul Samad
Iskandar bimbang ada tangan ghaib dibelakang GLC
SHAH ALAM, 26 Okt - Kerajaan negeri Selangor perlu bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak syarikat negeri (GLC) terhadap penyelewengan yang telah dilakukan ketika menjalankan projek perumahan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad mengakui ramai yang telah bekerja dengan baik dan telah menjadi mangsa keadaan.
"Ada yang telah memainkan peranan besar dalam penyelewengan yang telah berlaku," katanya.
Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya peneraju syarikat GLC itu akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yang akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat.
Sebagai exco yang menjaga perumahan katanya, perancangan telah dibuat untuk GLC seperti PKNS membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau berkata, jika peneraju GLC masih dimiliki oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyelewengan yang lalu beliau yakin perancangan membantu rakyat akan menghadapi kegagalan.
"Jika ini berlaku bukan GLC akan disalahkan tetapi exco kerajaan negeri,"tegasnya.
Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan. - Hrkh
No comments:
Post a Comment