PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhammad Khir Toyo muncul calon ketiga melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Mac depan.
Beliau memperoleh pencalonan yang ke-39 hari ini iaitu daripada bahagian Balik Pulau.
Dengan itu, jawatan Ketua Pemuda bakal bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Selain beliau, dua pemimpin yang sudah layak bertanding ialah Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mohamad dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Sehingga semalam Khairy, Ahli Parlimen Rembau telah menerima 44 pencalonan manakala Mukhriz di tempat teratas dengan 66 pencalonan.
Pada Rabu lalu, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mengesahkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Malaysiakini : Khir Toyo layak tanding ketua Pemuda
No comments:
Post a Comment