Kuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali menjemput semua sahabat handai dan rakan taulan yang dekat dan jauh, ke rumah beliau pada Eidul Fitri yang disambut hari ini..
Beliau telah menunaikan solat sunat EidulFitri bersama-sama ahli qaryah di Surau Taman Purnama berhampiran rumah beliau di Kuala Ibai, dekat sini.
Beliau telah menunaikan solat sunat EidulFitri bersama-sama ahli qaryah di Surau Taman Purnama berhampiran rumah beliau di Kuala Ibai, dekat sini.
.
Beliau yang juga penasihat bagi Jawatankasa Surau tersebut mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam, khususnya kepada semua ‘anak-anak qaryah’ yang pulang untuk berhari raya dari perantauan.
.
”Saya mewakili jawatankuasa (surau) mengucap khusus kepada perantau terutama sekali, hari raya beginilah mereka balik, mereka telah selamat balik dan semoga selamat pulang ke tempat masing-masing,”kata beliau yang menyampaikan ucapan selepas solat sunat Eidul Fitri.
.
Beliau juga mengharapkan semua umat Islam dapat menjalankan kehidupan dengan tenang selepas berjaya menempuh latihan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
.
Selepas berucap, beliau turut menyampaikan sumbangan ‘duit raya’ kepada kanak-kanak (gambar atas) yang turut bersama menunaikan solat sunat di Surau tersebut.
.
”Rumah terbuka selepas selesai di sini, hari ini” katanya apabila ditanya samada beliau mengadakan majlis rumah terbuka sempena Eidul Fitri. - Buletin Online
3 comments:
Banyak ke orang UMNO yang pi ke rumah terbuka dia tu?
ada kambing panggang x mcm kat MBPJ & MPsepang?
http://www.warisan-marzuki.blogspot.com/2008/10/sywl-jth-dlm-okt-utk-kt-braya-ianya-jgk.html
Post a Comment