01 October 2008

Rumah Terbuka Dato' Mustafa Ali Hari ini - Malaysiakini

Kuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali menjemput semua sahabat handai dan rakan taulan yang dekat dan jauh, ke rumah beliau pada Eidul Fitri yang disambut hari ini.
.
Beliau telah menunaikan solat sunat EidulFitri bersama-sama ahli qaryah di Surau Taman Purnama berhampiran rumah beliau di Kuala Ibai, dekat sini.
.
Beliau yang juga penasihat bagi Jawatankasa Surau tersebut mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam, khususnya kepada semua ‘anak-anak qaryah’ yang pulang untuk berhari raya dari perantauan.
.
”Saya mewakili jawatankuasa (surau) mengucap khusus kepada perantau terutama sekali, hari raya beginilah mereka balik, mereka telah selamat balik dan semoga selamat pulang ke tempat masing-masing,”kata beliau yang menyampaikan ucapan selepas solat sunat Eidul Fitri.
.
Beliau juga mengharapkan semua umat Islam dapat menjalankan kehidupan dengan tenang selepas berjaya menempuh latihan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
.
Selepas berucap, beliau turut menyampaikan sumbangan ‘duit raya’ kepada kanak-kanak (gambar atas) yang turut bersama menunaikan solat sunat di Surau tersebut.
.
”Rumah terbuka selepas selesai di sini, hari ini” katanya apabila ditanya samada beliau mengadakan majlis rumah terbuka sempena Eidul Fitri. - Buletin Online

3 comments:

Anonymous said...

Banyak ke orang UMNO yang pi ke rumah terbuka dia tu?

ibnu marzuki al firdaus said...

ada kambing panggang x mcm kat MBPJ & MPsepang?

ibnu marzuki al firdaus said...

http://www.warisan-marzuki.blogspot.com/2008/10/sywl-jth-dlm-okt-utk-kt-braya-ianya-jgk.html

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese