Rosmah Ada Pejabat Di MOF?
Selepas kami melencung kepada soal Pas dan Anwar Ibrahim (PKR) tiba-tiba dia kembali semula kepada soal Najib. Ini benar-benar mengejutkan saya dan agak sukar untuk dipercayai."You tahu belum apa-apa Najib dah arahkan supaya buat ofis Rosmah (foto) di MOF - Kementerian Kewangan?" katanya serius.
"Untuk apa, apa kapasiti Rosmah nak duduk di MOF, apa dia nak jaga ekonomi negara?" saya membalas memancing beliau. Timbul rasa tidak percaya kerana berita itu bersifat tuduhan liar dan agak melampau.
"Tak tahulah tapi itu yang diceritakan kepada saya oleh pegawai MOF semalam..." balasnya ringkas tetapi serius.
Tiba-tiba telefonya berdering. Saya hanya mendengar sambil makan perbualannya. Dari perbualan itu saya dapat menangkap orang dalam telefon itu ada menyebut soal arahan Najib itu berpandukan kepada jawabannya... "iyalah saya pun tahu semalam, untuk apa ofis Rosmah..." kata kawan itu kepada orang dalam telefon.
"Pelik... saya tak percaya kalau Najib berbuat begitu. Masakan belum jadi PM sudah buat begitu. Apa Pak Lah tak tahu...." tanya saya lagi selepas dia habis bercakap.
"Abdullah dah tahu, orang dah bagi tahu. Abdullah hanya kata, biar pi... lah dia (Najib) nak buat apa pun?' ceritanya. Dari cerita ini seakan benar apa yang diketahuinya itu. Nampak ada kebenarannya ataupun ada asasnya.
Tetapi saya masih tidak mahu percaya. Mungkin cerita itu ditimbulkan untuk memburukkan Najib dan Rosmah sahaja. Kalau pun Rosmah itu mata duitan dan queen control tetapi takkan dia tidak tahu masa dan ketika mana nak tarik dan lembukan Najib. Setidak-tidaknya kalau Rosmah nak menguasi Kementerian Kewangan kawal kontrek dan tander, biarlah Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri dulu. Langkah Rosmah itu kalau benar agak tergsa-gesa dan melampau.
"You boleh siasatan cerita ini. Cuma saya bagi tahu apa yang saya tahu saja," kata kawan itu seakan pertemuan pagi ini hanya nak sampaikan mesej itu saja. Gaya ceritanya nampak bersungguh benar. Dia kemudian menambah dengan cerita-cerita lain mengenai Rosmah bagaimana Rosmah menguasai dan lembukan Najib. Cerita itu termasuklah cerita klise mengenai Rosmah menengking Najib di hapadan orang ramai di Kuantan.
Saya hanya mendengar cerita lama itu dan menganggap ia ditimbulkan sebagai menyakinkan saya dengan cerita terbaru mengenai Rosmah itu.
Lepas habis cepati Pakistan sekeping seorang bersama kari ayam tidak bersantan kawan itu menghantar saya balik dengan memesan, ada apa-apa call lah saya. - Berita penuh Tinta Merah>>>
1 comment:
apa nak buat nie...tunggu je menjelang election yg berikutnya,tu je daya rakyat..DSAI ni pun satu..hebohx2 ala mimpi siang je..habuk pun x nampak
Post a Comment