11 October 2008

Pemilihan UMNO: Mukhriz Dahului 11 Pencalonan Hari Ini - Malaysiakini

Pemilihan UMNO: Mukhriz Dahului 11 Pencalonan Hari Ini, Tamparan Hebat Buat Si Khairy !!

Pencalonan jawatan tertinggi UMNO nampaknya semakin mendebarkan. Laporan terkini untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih didahuli oleh Najib serta Muhyiddin. Setakat ini lawan mereka belum memperolehi apa-apa pencalonan daripada bahagian UMNO yang bermesyuarat hari ini. Najib dan Muhyiddin masin-masing memperoleh 3 pencalonan. Manakala itu bagi jawatan Ketua Pemuda, saingan sengit masih didahului oleh Mukhriz dengan 23 pencalonan, diikuti rapat oleh Khairy dengan 12 pencalonan dan Khir Toyo hanya 3. setakat ini. Bagi jawatan Ketua Wanita Rafidah dan Shahrizat masih unggul, namun ada juga bahagian yang mencalonkan Menteri Pelancongan, Azahlina Othman untuk jawatan Naib Ketua Wanita. Bagi jawatan Puteri UMNO kedudukan juga masih didahului Naib Ketua Puteri, Rosnah Rashid, diikuti rapat oleh Shaniza Shamsuddin (Ketua Penerangan) dan Bibi Sharliza.

Melihat kepada senarai pencalonan hari ini, nampaknya harapan cerah untuk melihat Mukhriz layak secara automatik pasti menjadi kenyataan jika ingin dibandingkan dengan Khairy. Nampak jelas yang pemuda lebih terbuka menyokong anak PM Mahathir itu daripada menantu PM Pak Lah. Apapun, pencalonan masih banyak lagi dan sudah pasti persaingan sengit yang dinantikan juga ialah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Sama-sama kita nantikan keputusan terkini berita ini. Kelebihan Mukhriz sekarang ini memberi tamparan hebat kepada Khairy, apatah lagi Khir Toyo yang tampak kurang mendapat sokongan dari kalangan pemuda. Tambahan pula Khir Toyo telah mencalarkan imejnya akibat kejatuhan kerajaan negeri kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

[Di Pahang, Mukhriz mendapat tiga pencalonan hari ini. Sementara itu kami masih menantikan kedudukan bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang, Ahmad Tajuddin Sulaiman (Ketua Bahagian Paya Besar). Khabarnya beliau pasti benar akan ditumbangkan oleh MB Adnan Yaakob di Paya Besar, menerusi proksinya Ahli Parlimen Paya Besar sekarang iaitu Manan Ismail. Khabarnya Manan mendahului pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian itu setakat ini. Apakah jika kalah atau menang, Ahmad Tajuddin akan mengotakan janjinya untuk menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini?] - Pahangdaily

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese